Skip to main content

Sukan

Aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangguh ke tahun depan

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan semua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual Oktober dan November ini ditangguhkan ke tahun depan menyusuli penularan wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 ditangguh ke tahun depan

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Aug 2020 08:34PM Dikemas Kini : 12 Aug 2020 08:37PM

KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan semua aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang dijadual Oktober dan November ini ditangguhkan ke tahun depan menyusuli penularan wabak COVID-19.

AFC, menerusi kenyataan ringkas di laman rasminya hari ini (12 Ogos), menyatakan keputusan oleh dua badan bola sepak itu diambil bagi melindungi kesihatan dan keselamatan semua pihak yang terlibat dalam perlawanan kelayakan tersebut.

”FIFA dan AFC akan terus bekerjasama untuk memantau situasi tersebut di rantau ini dengan teliti serta mengenal pasti tarikh baru untuk perlawanan kelayakan masing-masing,” katanya.

AFC menjelaskan tarikh baru bagi aksi kelayakan itu akan dimaklumkan kelak.

Tindakan menunda aksi kelayakan adalah kali kedua diputuskan oleh FIFA dan AFC sejak pandemik itu Mac lalu.

Keputusan penundaan itu membabitkan aksi Malaysia dalam Kumpulan G yang sebelum ini dijadual berdepan Amiriah Arab Bersatu (UAE) di tempat lawan, 8 Okt ini, Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini (13 Okt) sebelum melengkapkan jadual menentang Thailand di Bangkok, 17 Nov ini.

Malaysia kini berada di tangga kedua kumpulan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima daripada keseluruhan lapan aksi kumpulan.

Hanya UAE yang berada di tangga keempat dengan enam mata memiliki kelebihan satu aksi sementara pendahulu, Vietnam dengan 11 mata diikuti Thailand pada kedudukan ketiga (lapan mata) dan Indonesia tercorot tanpa sebarang mata.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita