Akademi Sukan Para S'pura pertingkat kerjasama dengan sekolah SPED, institusi jagaan kesihatan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Daripada para pesakit ke atlit profesional, Akademi Sukan Para Singapura ingin bekerja rapat dengan hospital tempatan untuk mencari bakat baru sambil memberi peluang kepada golongan kurang upaya yang mahu mencuba sukan untuk mendapatkan latihan yang sesuai.
Ia juga berharap sekolah pendidikan khas akan melakukan yang sama.
Akademi Sukan Para Singapura kini mempunyai lebih 150 atlit dengan pelbagai tahap kurang upaya sejak ia dilancarkan pada Mac lalu.
Matlamatnya adalah untuk menarik 500 atlit menjelang akhir tahun ini.
Akademi itu juga merancang untuk bekerja rapat dengan institusi-institusi jagaan kesihatan supaya para pesakit yang mahu menceburi sukan atau ingin mencuba sukan baru boleh dirujukkan kepada pertubuhan berkenaan.
Para pengamal perubatan daripada hospital-hospital tempatan boleh mengesahkan dan menyarankan pilihan yang terbaik bagi para pesakit tersebut.
Baru-baru ini, akademi itu bekerjasama dengan Sekolah CPAS. 16 daripada pelajarnya kini menghadiri latihan bola sepak setiap bulan.
"Sukan bola sepak untuk murid-murid Palsi Serebrum (CP) sudah dapat meningkatkan tahap kesihatan anak-anak murid di CPAS dan mereka lebih cenderung untuk bergiat dalam kesukanan dan akan terus cuba untuk meneruskan kegiatan yang sihat ini," ujar seorang guru kanan Sekolah CPAS, Cik Noredah Sim.
Lebih banyak tapak ActiveSG dengan program sukan para turut dirancangkan.
Adalah diharapkan akademi tersebut akan dapat membantu menjadikan lebih banyak impian menjadi kenyataan.

Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.