Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AirAsia tawar penerbangan khas bawa penyokong M'sia saksi perlawanan akhir AFF di Hanoi

Syarikat penerbangan AirAsia Malaysia sekali lagi mengambil inisiatif dalam menyemarakkan suasana final kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam menerusi dua penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya ke Hanoi, hari ini (14 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
AirAsia tawar penerbangan khas bawa penyokong M'sia saksi perlawanan akhir AFF di Hanoi

AirAsia ambil inisiatif semarakkan suasana final kedua Piala AFF Suzuki dengan membawa penyokong Harimau Malaya ke Hanoi. (Gambar fail: mysemuanyabola/Twitter)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 09:25AM Dikemas Kini : 14 Dec 2018 09:33AM

SEPANG: Syarikat penerbangan AirAsia Malaysia sekali lagi mengambil inisiatif dalam menyemarakkan suasana final kedua Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dengan Vietnam menerusi dua penerbangan khas membawa penyokong Harimau Malaya ke Hanoi, hari ini (14 Dis).

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia (Perniagaan Penerbangan), Bo Lingam berkata pihaknya amat berbesar hati untuk menerbangkan sejumlah 345 ‘ekor’ Harimau Malaya bagi memberikan sokongan padu kepada skuad kebangsaan yang berdepan Vietnam di Stadium Nasional My Dinh esok (15 Dis).

“Ini merupakan usaha hebat oleh AirAsia dan semua rakyat Malaysia yang pergi menyokong skuad negara dan kami membuat tawaran, sebab itulah kami mempunyai penerbangan sewa khas dengan tambang istimewa.

“Malangnya, ia merupakan waktu puncak (jadi) kami tidak dapat menyediakan banyak penerbangan,” katanya semasa ditemui pihak media dalam majlis pelepasan khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) hari ini (14 Dis).

Dalam aksi final pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa lalu (11 Dis), Malaysia bangkit daripada ketinggalan 0-2 untuk mengikat Vietnam 2-2 hasil jaringan Shahrul Mohd Saad diikuti sepakan percuma Muhammad Safawi Rasid.

TAMBANG MURAH BAGI PENYOKONG, SOKONG ATLIT TEMPATAN

Penerbangan khas disediakan AirAsia itu menyaksikan penyokong membayar harga tambang lebih murah iaitu berjumlah RM449 (S$150).

AirAsia menunjukkan komitmen yang tinggi kepada bidang sukan Malaysia menerusi kempen ‘Daretodream’ yang menyaksikan syarikat penerbangan itu memberi sokongan kepada atlit negara di semua peringkat dengan satu matlamat iaitu meletakkan nama Malaysia sebaris dengan negara tersohor lain.

Antara atlit negara yang menerima sokongan AirAsia Malaysia selama ini ialah jaguh lumba basikal Mohd Azizulhasni Awang dan Fatehah Mustapa serta ratu terjun Leong Mun Yee dan pemain boling Syaidatul Afifah Badrul Hamid.

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan