Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh

Anggaran Waktu Membaca:
 Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh

Gambar: FB Istana Negara

Diterbitkan : 13 Jan 2022 02:44PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 02:45PM

KUALA LUMPUR: Mendiang Serbegeth Singh atau Shebby pernah memenangi pingat emas ketika menyarung jersi pasukan bola sepak Malaysia di Sukan SEA Kuala Lumpur pada 1989.

Selain itu, mendiang juga pernah beraksi bersama skuad bola sepak Pahang pada era 1990-an serta pernah menyarung jersi Johor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Perak.

Mendiang juga merupakan generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan tersebut memenangi hatrik Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989.

Selepas bersara sebagai pemain, mendiang berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada 2012.

Shebby, 61 tahun, meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri petang semalam.

BACA: Bekas pemain bola sepak kebangsaan M'sia Serbegeth Singh meninggal dunia

BACA: "Shebby nampak penat ketika berbasikal," kata Aidil Zafuan

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan