Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

AFF Suzuki: Jumlah penyokong di stadium Nasional Bukit Jalil didakwa melebihi tiket dijual

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong melebihi kapasiti pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Selasa (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
AFF Suzuki: Jumlah penyokong di stadium Nasional Bukit Jalil didakwa melebihi tiket dijual

Para penyokong pasukan bola sepak Vietnam. (Gambar: Yam G-Jun/AP)

Diterbitkan : 12 Dec 2018 07:21PM Dikemas Kini : 12 Dec 2018 07:25PM

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat dakwaan kebanjiran penyokong melebihi kapasiti pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki 2018 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Selasa (11 Dis).

Setiausaha Agung FAM, Encik Stuart Michael Ramalingam berkata badan induk berkenaan sudah berbincang dengan wakil Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung dakwaan itu dianggap mencalarkan reputasi FAM, malah boleh mengancam nyawa para penyokong yang membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

“Justeru, FAM mengambil maklum perkara tersebut dan akan memastikan insiden itu tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan ringkas dalam laman Facebook FAM, hari ini (12 Dis).

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan segelintir netizen di laman sosial mendakwa lebih 88,000 penyokong membanjiri stadium berkenaan walaupun FAM hanya memperuntukkan 80,000 tiket untuk perlawanan akhir berkenaan.

Perlawanan akhir kedua akan berlangsung di Stadium My Dinh, Hanoi pada Sabtu ini (15 Dis).

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan