AFC rancang lancar pertandingan Liga Negara
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) pada Ahad (21 Dis) mengumumkan bahawa ia akan melancarkan pertandingan Liga Negara dalam usaha meningkatkan piawaian pertandingan dan peluang komersial bagi pasukan kebangsaan merentasi benua.
Tiada tarikh permulaan diberikan oleh badan pentadbir yang berpusat di Kuala Lumpur itu. AFC menyatakan ia bercadang untuk menggunakan jadual antarabangsa FIFA sedia ada untuk menganjurkan pertandingan tersebut.
"Liga Negara AFC mewakili satu langkah penting ke hadapan dalam komitmen berterusan kami untuk menyokong pembangunan 47 persatuan anggota kami," kata setiausaha agung AFC Windsor John dalam satu kenyataan.
"Dengan memperkenalkan platform pertandingan berstruktur ... kami mahu memastikan akses yang konsisten kepada perlawanan bermutu tinggi sambil menangani cabaran berkaitan logistik dan kos yang dihadapi oleh pasukan kebangsaan."
AFC kini menganjurkan Piala Asia setiap empat tahun, dengan edisi seterusnya yang melibatkan 24 pasukan dijangka berlangsung di Arab Saudi pada Januari 2027.
Badan pentadbir Eropah, UEFA, melancarkan pertandingan Liga Negara sendiri pada 2018 untuk meningkatkan bilangan perlawanan lebih bermakna yang disertai anggotanya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.