Skip to main content

Sukan

Adik risau abang gagal dihubungi; rupanya mati tembak dirinya di rumah

 Seorang lelaki ditemui terbaring dalam lumuran darah di lantai bilik dengan kesan tembakan di bahagian dada pada Rabu 24 (24 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Adik risau abang gagal dihubungi; rupanya mati tembak dirinya di rumah

Gambar hiasan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 25 Apr 2019 11:31AM Dikemas Kini : 25 Apr 2019 03:24PM

GEORGE TOWN: Seorang lelaki ditemui terbaring dalam lumuran darah di lantai bilik dengan kesan tembakan di bahagian dada pada Rabu 24 (24 Apr). Ia dipercayai mangsa menembak diri sendiri di rumah sewanya dekat Lengkok Merbah 1, Bayan Lepas, George Town.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden A.A Anbalagan berkata mayat mangsa berusia 38 tahun, S.Kumaravelu, ditemui oleh adik lelakinya berusia 33 tahun yang datang ke rumahnya pada kira-kira jam 2.30 petang untuk melihat keadaan abang beliau yang gagal dihubungi.

“Adik mangsa mendapati pintu dan pagar rumah itu berkunci dan meminta bantuan tukang kunci untuk membukanya sebelum mendapati abangnya meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di atas lantai sebuah bilik manakala terdapat sepucuk pistol di atas katil berhampiran," katanya.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati kejadian itu tiada unsur jenayah dan mangsa dipercayai menembak dirinya sendiri.

Anbalagan berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan bagaimana mangsa, yang memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah, memperoleh pistol berkenaan.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita