Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Adik-beradik Sophie Soon, Colin Soon rangkul pingat emas lagi pada hari terakhir Sukan Para ASEAN

Anggaran Waktu Membaca:
Adik-beradik Sophie Soon, Colin Soon rangkul pingat emas lagi pada hari terakhir Sukan Para ASEAN

Sophie Soon. (Gambar: Facebook/Singapore National Paralympic Council/Calvin Teoh)

Diterbitkan : 08 Jun 2023 10:29PM Dikemas Kini : 08 Jun 2023 10:31PM
SINGAPURA: Adik-beradik Sophie Soon dan Colin Soon menambah lagi pungutan pingat mereka di Sukan Para ASEAN 2023 pada Khamis (8 Jun) sedang Team Singapore menamatkan kempen mereka di Kemboja.

Sophie Soon memenangi acara ketiganya manakala, Colin Soon menjuarai acara keempatnya. Kedua-dua mereka berjaya mencatat rekod Sukan dan nasional baru, dengan pungutan tujuh pingat emas secara keseluruhannya di Pusat Akuatik Stadium Nasional Morodok Techo.

Kejayaan Sophie diraih dalam acara S13 gaya bebas 50 meter (m) wanita dengan catatan masa 33.26 saat.

Sementara itu, Colin memenangi acara S13 gaya bebas 50m lelaki dengan catatan masa 27.02 saat.

Sophie sebelum ini merangkul pingat emas dalam acara SB13 kuak dada 100m wanita dan acara S13 kupu-kupu 100m wanita, yang mana beliau berjaya memecah rekod nasional bagi acara tersebut.

Colin pula menggongol pingat emas dalam acara SB13 kuak dada 100m lelaki, SB14 kuak dada 50m dan S13 gaya bebas 100m, sekali gus mencatat rekod Sukan baru bagi kesemua tiga acara tersebut.

Tiga perenang negara lain turut menyumbang pingat gangsa pada Khamis. Mereka terdiri daripada Janelle Tong menerusi acara S10 gaya bebas 50m wanita, Danielle Moi menerusi acara S14 gaya bebas wanita 50m dan Wong Zhi Wei menerusi acara S13 gaya bebas 50m lelaki.

Team Singapore juga meraih pingat dalam sukan-sukan lain pada Khamis, dengan pingat gangsa disumbang Tay Wei Ming dalam acara SU5 perseorangan badminton lelaki, Toh Sze Ning dan Aloysius Gan dalam acara BC3 boccia regu campuran dan Rodrick Li menerusi acara TT2 perseorangan tenis meja lelaki.

Seramai 26 atlit Team Singapore beraksi di Sukan Para ASEAN tahun ini dalam sukan seperti boccia, badminton dan tenis meja. Sukan temasya tersebut bakal melabuhkan tirainya pada Jumaat (9 Jun).

Setakat ini, Singapura menduduki tangga ketujuh dengan pungutan 12 pingat emas, 14 pingat perak dan 16 pingat gangsa.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan