Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Adidas terus taja pasukan bola sepak Jerman hingga 2026

Adidas menyatakan pada Isnin (10 Sep) bahawa ia akan melanjutkan tempoh tajaan bagi Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) sehingga 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Adidas terus taja pasukan bola sepak Jerman hingga 2026

Adidas akan melanjutkan tempoh tajaan bagi Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) sehingga 2026. (Gambar: Daniel Roland/AFP)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 08:01PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 08:08PM

FRANKFURT AM MAIN: Adidas menyatakan pada Isnin (10 Sep) bahawa ia akan melanjutkan tempoh tajaan bagi Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) sehingga 2026.

Ia merupakan usaha gergasi sukan itu untuk menyokong usaha Jerman bangkit semula daripada kekecewaan yang dialami di Piala Dunia 2018 di Rusia.

"Sokongan ini membuktikan falsafah tajaan Adidas: iaitu kami akan terus menyokong rakan-rakan kami, terutama sekali jika tajaan sangat-sangat diperlukan," kata Ketua Eksekutif Adidas Kasper Rorsted melalui kenyataan yang dikeluarkan bagi mengumumkan tempoh tajaan yang dilanjutkan selama empat tahun dengan DFB.

Apabila dihubungi oleh AFP, jurucakap syarikat yang berpangkalan di Bavaria tidak mahu mengulas mengenai nilai tajaan Adidas bagi tempoh sehingga 2026.

Sebelum ini, Adidas memperuntukkan 50 juta euro (S$80 juta) setiap tahun.

Selepas lebih 60 tahun menyokong pasukan kebangsaan Jerman, Adidas tidak mahu kalah kepada pesaingnya Nike.

Namun, sambutan terhadap kemenangan Jerman semasa menewaskan Peru 2-1 dalam perlawanan persahabatan semalam agak hambar.

Kemenangan itu adalah yang pertama bagi jurulatih Joachim Loew selepas pasukan bimbingannya teruk dikritik atas kegagalan pasukan tersebut untuk melangkah lebih jauh di Piala Dunia 2018.

Jerman turut bergelut dengan kontroversi selepas bintang midfieldnya Mesut Ozil memutuskan untuk mengundurkan diri daripada pasukan negara setelah kritikan berbaur perkauman dilontarkan terhadap pemain Arsenal itu.

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan