Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

ACER tingkatkan permainan e-sukan di Asia Pasifik

Dalam usaha meningkatkan industri sukan elektronik atau e-sukan di rantau Asia Pasifik, ACER menyatakan ia bersedia untuk bekerjasama dengan sekolah dan universiti bagi memberi sokongan kepada pendedahan dan pembelajaran lebih mendalam mengenai e-sukan.

Anggaran Waktu Membaca:
ACER tingkatkan permainan e-sukan di Asia Pasifik

Satu perlawanan e-sukan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 17 Feb 2019 05:40PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 05:44PM

BANGKOK: Dalam usaha meningkatkan industri sukan elektronik atau e-sukan di rantau Asia Pasifik, ACER selaku pengeluar gergasi perkakas dan peralatan elektronik menyatakan ia bersedia untuk bekerjasama dengan sekolah dan universiti bagi memberi sokongan kepada pendedahan dan pembelajaran lebih mendalam mengenai e-sukan.

Presiden Rantau Asia Pasifik ACER, Andrew Hou, berkata pelan jangka panjang ACER adalah untuk mencungkil lebih ramai bakat dan melahirkan lebih ramai orang muda supaya mengambil bahagian dalam e-sukan secara profesional di rantau di Asia Pasifik.

Encik Hou berkata syarikat berbilang negara dari Taiwan itu bersedia bekerjasama dengan pemerintah-pemerintah di rantau Asia Pasifik bagi membina satu ekosistem industri e-sukan.

“Kami mencuba di pelbagai kolej, universiti atau institut, kami membina kelas untuk mereka, kumpulan permainan untuk sekolah, malah membantu universiti membina jabatan pengajian,” katanya kepada saluran berita Bernama (Astro 502) di Kejohanan Liga Predator Asia Pasifik hari ini (17 Feb).

Menjadikan Kejohanan Liga Predator Asia Pasifik itu sebagai contoh, beliau berkata kejohanan tersebut merupakan platform yang baik untuk para belia Asia menjadikan e-sukan sebagai satu kerjaya.

E-sukan akan menjadi satu acara yang dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 di Filipina.

"Itulah sebabnya ACER bukan sahaja mahu menjual lebih banyak komputer, tetapi kita juga mahu melaksanakan tanggungjawab kepada masyarakat dengan membantu golongan muda mencari jalan dan terlibat dalam sukan ini,” kata Encik Hou.

Pada tahun lalu, ACER menaja beberapa pertandingan e-sukan seperti Kejohanan Antarabangsa E-Sports Dota 2, Kuala Lumpur 2018 dan Kejohanan ESL Major One di Genting Highlands.

Penajaan itu juga memberikan peluang kepada ACER untuk mempromosikan perkakas dan aksesori permainan videonya, Siri Predator ACER, yang lebih cenderung untuk industri permainan elektronik.

ACER meneruskan inisiatifnya mengembangkan permainan e-sukan di peringkat antarabangsa dengan menganjurkan Liga Predator Asia Pasifik 2019 buat kali kedua.

Pengurus Produk Kanan ACER Malaysia Jeffrey Lai berkata kejohanan itu lebih mencabar kali ini dengan pertandingan DOTA2 dan permainan terkini, Player Unknown atau PUB-G.

Menurut Encik Lai, kejohanan itu mendapat sambutan menggalakkan dengan disertai 26 pasukan dari 16 negara di Asia untuk kedua-dua permainan tersebut.

Antara negara yang mengambil bahagian termasuk Filipina, Australia, Vietnam, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun dan Thailand selaku tuan rumah.

Thailand adalah tuan rumah kedua bagi Kejohanan Liga Predator Asia Pasifik 2019 selepas ia diadakan buat kali pertama di Jakarta, Indonesia tahun lalu.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan