Skip to main content

Sukan

AC Milan seri 1-1 dengan Manchester United

 Gol penyamaan lewat permainan Simon Kjaer memberikan AC Milan keputusan seri 1-1 di Manchester United pada Khamis (12 Mac) sekali gus peluang baik buat kelab Itali itu untuk mara ke suku akhir Liga Europa manakala Roma, Tottenham dan Arsenal semakin hampir ke kelompok lapan terakhir.

Anggaran Waktu Membaca:
AC Milan seri 1-1 dengan Manchester United

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Mar 2021 10:14AM Dikemas Kini : 12 Mar 2021 10:21AM

PARIS: Gol penyamaan lewat permainan Simon Kjaer memberikan AC Milan keputusan seri 1-1 di Manchester United pada Khamis (12 Mac) sekali gus peluang baik buat kelab Itali itu untuk mara ke suku akhir Liga Europa manakala Roma, Tottenham dan Arsenal semakin hampir ke kelompok lapan terakhir.

Kjaer menanduk gol pada saat akhir masa tambahan 16 terakhir, perlawanan pertama di Old Trafford selepas Amad Diallo membuka jaringan pada minit ke-50 yang juga gol sulungnya untuk United.

"Ini keputusan yang hebat, kami bermain dengan sangat baik, menunjukkan personaliti dan saya berpendapat kami menguasainya," kata pemain pertahanan itu kepada Sky Sport Italia.

Pesaing Milan di Itali, Roma memastikan ia malam yang baik untuk bola sepak Itali dengan kemenangan 3-0 mengatasi Shakhtar Donetsk di Stadio Olimpico di Rome.

Lorenzo Pellegrini menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-23 selepas menerima hantaran Pedro.

Shakhtar cuba mencari gol penyamaan selepas waktu rehat namun gol pantas Stephan El Shaarawy – jaringan pertamanya buat Roma sejak pulang dari China – dan gol Gianluca Mancini memberikan pasukan Paulo Fonseca kelebihan besar dalam perlawanan kedua.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita