Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

8 individu dibicarakan atas dakwaan bunuh Diego Maradona

Anggaran Waktu Membaca:
8 individu dibicarakan atas dakwaan bunuh Diego Maradona

Gambar: ALEJANDRO PAGNI / AFP

Diterbitkan : 23 Jun 2022 01:14PM Dikemas Kini : 23 Jun 2022 01:14PM

BUENOS AIRES: Lapan individu yang menjaga legenda bola sepak Diego Maradona akan dibicarakan di mahkamah Argentina atas dakwaan membunuh.

Demikian menurut keputusan yang dikeluarkan pada Rabu (22 Jun) menyusuli siasatan terhadap kematian Maradona pada November 2020 akibat serangan jantung, lapor Reuters.

Menurut dokumen setebal 236 muka surat, hakim yang bertanggungjawab ke atas kes tersebut mempersoalkan "tingkah laku - baik secara aktif mahupun melalui pengabaian - setiap seorang daripada tertuduh yang membawa dan menyumbang kepada kesedaran akibat yang berbahaya."

Keputusan mahkamah itu menyatakan bahawa lapan individu termasuk doktor, jururawat dan ahli psikologi yang menjaga Maradona sebelum kematiannya dituduh atas "pembunuhan mudah" iaitu satu pertuduhan serius yang bermaksud membunuh dengan niat. 

Sebuah lembaga perubatan yang dilantik untuk menyiasat kematian Maradona membuat rumusan pada 2021 bahawa pasukan perubatan bintang bola sepak itu bertindak dalam "cara yang tidak wajar, serba kekurangan dan secara melulu".

Maradona dianggap sebagai  antara pemain bola sepak terhandal dalam sejarah meskipun beliau sudah bertahun-tahun lamanya melawan penyalahgunaan dadah dan minuman keras.

Maradona meninggal dunia pada 25 November 2020, ketika usianya 60 tahun.

Pendakwa raya Argentina melancarkan siasatan sejurus selepas kematian Maradona di sebuah kediaman berhampiran Buenos Aires. Ini termasuk mengarahkan supaya pemeriksaan dijalankan ke atas hartanah milik doktor peribadi Maradona dan menyoal siasat individu-individu lain yang terlibat dalam penjagaannya.

Kesemua defendan menafikan bertanggungjawab atas kematian Maradona. Malah, hakim berkata bahawa sesetengah peguam bela yang mewakili mereka telahpun meminta supaya kes itu digugurkan.

Sumber : Reuters/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa