6 kemudahan swasta 'tumpang sekaki' skim rintis sukan berpasukan
Enam pengendali kemudahan sukan swasta sudah diluluskan untuk menyertai sebahagian daripada program perintis untuk membolehkan pasukan sehingga 10 anggota yang lengkap divaksin bersukan bersama.

Gambar: Facebook/Golazo Futsal Singapore
SINGAPURA: Enam pengendali kemudahan sukan swasta sudah diluluskan untuk menyertai sebahagian daripada program perintis untuk membolehkan pasukan sehingga 10 anggota yang lengkap divaksin bersukan bersama.
Sport Singapore (SportSG) mengumumkan kelulusan yang diberikan kepada sukan-sukan berpasukan termasuk futsal, bola lantai dan badminton semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Agensi sukan negara itu menerima lebih 30 permohonan daripada para pengendali swasta setakat 12.00 tengah hari pada Khamis (18 Nov). Permohonan pagi program perintis itu dibuka pada Jumaat lalu.
Para pengendali swasta yang terbabit dalam program perintis itu berkata mereka sudahpun menyaksikan tempahan yang kukuh bagi kemudahan masing-masing meskipun hanya mendapat kelulusan beberapa hari yang lalu.
Sebilangan daripada mereka turut memutuskan untuk mengambil pendekatan secara bertahap-tahap dengan hanya membuka sesetengah gelanggang di kemudahan mereka untuk tempahan kumpulan yang besar sebelum membuat keputusan sama ada mahu meluangkan lebih banyak ruang kelak.
Program perintis itu, yang dilancarkan Rabu lalu, hanya dihadkan kepada pusat-pusat sukan ActiveSG dan kelab-kelab masyarakat Persatuan Rakyat sebelum ini. Ia kemudian diperluaskan untuk merangkumi para pengendali swasta.
Kemudahan-kemudahan yang diluluskan di bawah program perintis itu adalah:
- Red Quarters,sebuah kemudahan bola lantai berdekatan Stesen MRT Stadium
- The Cage, kemudahan futsal berdekatan stesen MRT Stadium
- Paddle Lodge, kemudahan canoe polo di Kolam Air Pandan
- Golazo Futsal Singapore di Jurong West
- Dewan Badminton Singapura di Ekspo Persidangan & Pusat Konvensyen Singapura
- Pusat Sukan Kovan, sebuah kemudahan futsal
Di bawah peraturan-peraturan sedia ada COVID-19, kegiatan sukan berpasukan dihadkan kepada dua anggota tetapi di bawah program perintis itu, sehingga 10 anggota lengkap divaksin boleh mengambil bahagian dalam sukan berpasukan.
Mereka mesti menunjukkan hasil negatif bagi ujian pantas antigen di lokasi sebelum melakukan kegiatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.