Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

50 juta isi rumah tonton pertarungan Paul-Tyson: Netflix

Anggaran Waktu Membaca:
50 juta isi rumah tonton pertarungan Paul-Tyson: Netflix

(Gambar: AFP/AL BELLO)

Diterbitkan : 17 Nov 2024 09:06AM Dikemas Kini : 17 Nov 2024 09:22AM
TEXAS: Netflix menyatakan dalam kenyataan pada Sabtu (16 Nov) bahawa 60 juta isi rumah seluruh dunia menyaksikan pertarungan tinju yang dinanti-nantikan antara Jake Paul dan Mike Tyson, yang mencecah 65 juta penstriman.

Pertarungan antara pempengaruh media sosial 27 tahun yang menjadi petinju, Paul, dan bekas juara kelas berat 58 tahun Tyson, yang dimenangi Paul, disiarkan secara langsung di Netflix.

Hampir 50 juta isi rumah menonton acara utama bersama, antara juara kelas ringan Ireland Katie Taylor dan juara kelas 'feather' dari Puerto Rico Amanda Serrano, dedah Netflix.

"Pertarunganitu mungkin menjadi acara sukan wanita profesional yang paling ramai ditonton dalam sejarah Amerika Syarikat," tulis Netflix dalam kenyataannya.

Berlaku beberapa gangguan pada strim langsung pertarungan itu, dengan lebih 90,000 pengguna melaporkan masalah di Netflix ketika kemuncak pertarungan, lapor laman web penjejakan gangguan Downdetector.

Meskipun demikian, platform penstriman itu menyambung khidmat seperti biasa pada Sabtu, selepas gangguan tersebut yang berlangsung selama kira-kira enam jam di Amerika.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan