5 pertuduhan dibacakan terhadap presiden PERSES Mohd Nasri Haron
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura (Perses), Mohd Nasri Haron digantung daripada semua aktiviti sepak takraw di Singapura dan di peringkat antarabangsa selama 10 tahun. Ini berkuat kuasa 30 November 2022.
Larangan tersebut dikenakan menyusuli tindakan tatatertib daripada Jawatankuasa Tatatertib Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) terhadapnya.
Pengerusi Jawatankuasa Disiplin ASTAF Yogender Singh Dahiya dalam satu kenyataan media pada 3 Disember berkata Jawatankuasa Tatatertib ASTAF bersidang pada 26 November 2022 melalui Zoom dengan anggota panel dari India, Jepun, Korea, Pakistan, Iran, Indonesia dan Malaysia.
Nasri didakwa berkomplot dengan bekas Presiden Persatuan Sepak takraw Malaysia (PSM), Ahmad Ismail untuk mencemarkan reputasi ASTAF menjelang Kongres Pemilihan Majlis ASTAF bagi penggal 2021/2025 pada 1 Mac tahun lalu.

Jawatankuasa Tatatertib ASTAF membacakan lima pertuduhan terhadap Mohd Nasri.
Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan yang berniat merosakkan reputasi kepimpinan dan majlis eksekutif ASTAF
Tuduhan terhadap Nasri adalah kerana membuat "kenyataan bertulis yang tidak sopan, menghina dan tidak wajar", bahawa dia "telah cuba mengganggu dan/atau menggugat kestabilan pentadbiran ASTAF" dan "cuba memusnahkan kemerdekaan ASTAF dalam semua perkara secara langsung atau tidak langsung mengenai permainan Sepak takraw dengan mendapatkan bantuan Majlis Olimpik Asia (OCA) dan Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk campur tangan dalam pemilihan majlis ASTAF".
Kenyataan-kenyataan tersebut dibuat menerusi surat dan e-mel yang dikirimkan kepada para pegawai Majlis Olimpik Asia dan Majlis Olimpik Antarabangsa pada Februari 2021.
"Berdasarkan beratnya kesalahan yang dilakukan, dan berdasarkan kes-kes dahulu yang pernah ASTAF jalankan sebelum ini, Jawatankuasa Tatatertib ASTAF dengan ini mengenakan sekatan terhadap Mohd Nasri Haron, berikut adalah Undang-undang Kecil dan prosedur ASTAF," menurut kenyataan itu.
Nasri perlu membayar semula kepada ASTAF sebanyak AS$15,000 (S$20,300) bagi kos mengadakan perbicaraan jawatankuasa tatatertib antarabangsa itu.
Tempoh larangan ditambah lagi dua tahun jika dia gagal membayar balik kos tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/RR/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.