5 perkara yang perlu anda tahu tentang Max Maeder, pemenang pingat Olimpik terbaharu SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Clement Mahoudeau)
MARSEILLE: Juara dunia kitefoiling berturut-turut Maximilian Maeder kini menjadi pemenang pingat Olimpik.
Pada Jumaat (9 Ogos), atlet 17 tahun itu merangkul pingat gangsa di acara peringkat akhir kitefoil di Paris. Dengan kemenangan itu, Maeder merupakan atlet Singapura termuda untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik.

Demikian beberapa perkara yang petut anda tahu tentang atlet muda itu:
1. AKTIF SEJAK KECIL
Maeder meluangkan masa kecilnya di tempat lahir bapanya, Switzerland, dan Singapura, tanah air ibunya, serta Sulawesi, di mana ibu bapanya membina sebuah resort untuk aktiviti menyelam.
Sebaik sahaja dia dapat berjalan, Maeder bermain sukan ski dan sering giat aktif dalam bersukan, kata bapanya kepada Mediacorp sebelum ini.

Anak sulung daripada tiga beradik, Maeder didedahkan dengan pelbagai sukan termasuk pingpong, tenis dan badminton.
Sejak kecil, semangat kompetitif membara di dalam diri Maeder.
Apabila dia berusia empat tahun, Maeder dikalahkan dalam perlumbaan ski, namun dia merupakan yang pertama untuk berada di sesi latihan pada keesokan hari.
Dua tahun kemudian, Maeder diperkenalkan dengan sukan kiteboard, sebelum ke kitefoil.
2. DIBERSARKAN UNTUK BERDIKARI
Maeder dibersarkan untuk memikirkan tentang dirinya.
"Dia sentiasa digalakkan untuk membuat penilaian sendiri, untuk memastikan dia tidak percaya dengan sebarang tanggapan, bahawa dia tidak hanya percaya apa yang orang lain katakan kepadanya tanpa mempersoalkannya," kata bapanya Valentin Maeder.
Apa yang dia dan isterinya harapkan adalah untuk membangkitkan sifat "membuat keputusan" dalam diri Maeder.

3. PILIH SINGAPURA DARIPADA SWITZERLAND
Maeder memberitahu Mediacorp bahawa ketika dia masih kecil, "rasa keselesaan di negara ini dan makanannya" membuatnya pilih Singapura.
Ibu bapanya juga menggalakannya, meskipun dia belum jejak usia remaja, untuk bercakap dengan indvidu lain tentang Perkhidmatan Negara (NS), yang perlu dijalani apabila dia menjadi rakyat Singapura.
Tahun ini, Kementerian Pertahanan (MINDEF) menangguhkan Perkhidmatan Negara sepenuh masa selama kira-kira empat tahun.

4. PRESTASI HEBAT
Pada usia 17 tahun, Maeder sudah mencapai pelbagai kejayaan dalam arena sukan, malah dia cemerlang dalam sukan kitefoil sebelum Sukan Olimpik tahun ini, yang dipertandingkan buat kali pertama.
Maeder berada di tangga Nombor satu dunia dan memenangi dua kejuaraan dunia, tiga kejuaraan Eropah dan pingat emas di Sukan Asia.

5. INGIN TERLIBAT DALAM SUKAN KITEFOIL UNTUK JANGKA PANJANG
Bagi Maeder, keputusan sangat penting. Meskipun dia ingin melakukan segalanya, kemenangan tidak menentukannya.
"Ia adalah tentang proses dan perjalanan, dengan setiap pertandingan, anda dapat meraih pengalaman .... anda dapat mempamerkan kemahiran anda, anda dapat melibatkan orang lain juga," katanya.
'Anda bukan hanya mengembirakan diri anda, tetapi para penyokong, keluarga anda, negara anda," tambahnya.
"Sekiranya orang lain rasa gembira, atau gembira disebabkan usaha dan tingkah laku anda, ia satu perkara yang memuasakan."
Anda boleh ikuti liputan Sukan Olimpik Paris 2024 di mewatch. Lungsuri www.mewatch.sg/paris2024 bagi butiran lanjut.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.