Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

5 bilion dijangka tonton Piala Dunia Qatar 2022

Anggaran Waktu Membaca:

DAVOS: Piala Dunia 2022 anjuran Qatar pada tahun ini dijangka akan ditonton oleh lima bilion penonton di seluruh dunia, kata Presiden FIFA Gianni Infantino.

“Piala Dunia FIFA terakhir yang diadakan sebelum ini ditonton empat bilion penonton, manakala Piala Dunia Wanita disaksikan oleh 1.2 bilion penonton.

"Semua yang mempunyai minat yang sama merasakan bahawa bola sepak mempunyai kekuatan untuk penyatuan," kata Infantino pada sesi perbincangan bertajuk "Sport as a Unifying Force" di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Isnin (23 Mei).

Infantino percaya penganjuran Piala Dunia FIFA Qatar 2022 menjadi peluang terbaik untuk pemulihan dan penyatuan manusia sejagat selepas pandemik dan konflik global mengasingkan dan memecahbelahkan masyarakat di seluruh dunia.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan