5 atlit diiktiraf dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI/Timothy David)
SINGAPURA: Lima ketua sukan diiktiraf dalam Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura, iaitu kali pertama kategori itu diiktiraf.
Format tersebut dikemas kini tahun lalu untuk mengiktiraf mereka yang bekerja di balik tabir untuk membangunkan bidang sukan di Singapura.
Sebagai contoh, pentadbir, jurulatih dan pakar teknikal.
"Perubahan ini dibuat untuk mengukuhkan dan menjelaskan peranan institusi Dewan Kemasyhuran Sukan Singapura, sebagai strategi untuk mengenal contoh model dalam sektor sukan kami, dan yang paling penting, untuk meningkatkan semangat menyumbang kembali kepada masyarakat dalam atlit TeamSG kita," kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Edwin Tong.
Tiga atlit diiktiraf, sebagai pengiktirafan kepada pencapaian mereka selain kejayaan merangkul pingat buat Singapura.
Syed Abdul Kadir masih kekal sebagai satu-satunya peninju tempatan untuk ke Sukan Olimpik, serta merangkul pingat Sukan Komanwel pertama Singapura dalam sukan tersebut.
Dia kemudian menjadi jurulatih pasukan negara selama 44 tahun.
Pemain tennis meja Yu Mengyu merangkul beberapa pingat emas, dan mara ke peringkat separuh akhir Sukan Olimpik, sebanyak dua kali.
Perenang Joscelin Yeo, yang bertanding di Sukan Olimpik sebanyak empat kali, merupakan satu-satunya atlit untuk merangkul 40 pingat di Sukan SEA.
"Ia merupakan perkara yang memerlukan usaha yang banyak, dan anda harus memberikan segalanya. Percaya dalam diri anda. Lakukannya demi negara, keluarga anda, rakan-rakan anda, orang yang anda kasihi, dan lakukannya untuk diri anda," kata Joscelin Yeo.
"Kerana setiap atlit membuat pengorbanan, dan saya fikir mereka ingin diiktiraf dengan keputusan yang diinginkan mereka."

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.