Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

4 pemain Indonesia dilarang beraksi malam ini, langgar itinerari terkawal Piala Suzuki di S'pura

Empat pemain bola sepak pasukan Indonesia yang kini berada di Singapura bagi Piala AFF Suzuki didapati melanggar itinerari terkawal dan dilarang daripada mengambil bahagian dalam aksi kedua perlawanan akhir pada malam ini (1 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Empat pemain bola sepak pasukan Indonesia yang kini berada di Singapura bagi Piala AFF Suzuki didapati melanggar itinerari terkawal dan dilarang daripada mengambil bahagian dalam aksi kedua perlawanan akhir pada malam ini (1 Jan).

Empat pemain itu adalah Elkan William Tio Baggott, Victor Chukwuekezie Igbonefo, Rizky Ridho Ramadhani dan Rizky Dwi Febrianto, menurut Sport Singapore (SportSG) dalam satu kenyataan media.

Kesemua 10 pasukan yang mengambil bahagian dan pegawai perlawanan diletakkan di bawah itinerari terkawal sepanjang tempoh kejohanan itu.

Mereka hanya boleh bergerak dari hotel yang ditetapkan, ke tempat latihan dan tempat perlawanan dan tidak dibenarkan untuk melakukan perjalanan ke mana-mana tempat lain atau menyertai sebarang aktiviti di luar itinerari yang ditetapkan.

"Itinerari terkawal itu merupakan bahagian kritikal daripada langkah pengurusan selamat untuk melindungi kesihatan pemain yang mengambil bahagian, pegawai perlawanan dan masyarakat semasa Piala Suzuki 2020," menurut SportSG.

Empat pemain Indonesia itu didapati meninggalkan hotel mereka pada lewat petang selama dua jam, menurut agensi itu.

"Siasatan segera dijalankan dan Jawatankuasa Disiplin AFF bersidang," menurut SportSG sambil menambah keputusan dibuat pada Jumaat bahawa empat pemain itu melanggar peraturan dan tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan pada Sabtu.

Indonesia dijadual berdepan dengan Thailand dalam aksi akhir kejohanan itu pada 8.30 malam ini.

Ketua Institut Sukan Singapura Dr Su Chun Wei berkata dengan melanggar peraturan itu empat pemain Indonesia tersebut menimbulkan risiko kepada keselamatan orang lain.

"Kami justeru akan mengambil tindakan terhadap mereka," kata Dr Su.

"Kami menganjurkan acara seperti Piala Suzuki 2020 di bawah langkah pengurusan selamat yang ketat untuk melindungi peserta perlawanan dan masyarakat.

"Kami telah menekankan hal ini kepada semua pasukan yang menyertai Piala Suzuki 2020 dan bekerja keras untuk mewujudkan sekitaran selamat bagi pemain bola sepak dan peserta yang lain."

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan