4 pegawai Persekutuan Sukan Layar S'pura diuji positif COVID-19 di temasya Kemboja
Empat pegawai Persekutuan Sukan Layar Singapura (SFF) di Kejohanan Sukan Layar Asia Tenggara di Sihanoukville, Kemboja, diuji positif COVID-19. Demikian menurut pengarah eksekutif persekutuan itu pada Jumaat (17 Dis).

Atlit sukan layar bertandin dalam Kejohanan Sukan Layar Asia Tenggara. (Gambar: SSF/Facebook)
SINGAPURA: Empat pegawai Persekutuan Sukan Layar Singapura (SFF) di Kejohanan Sukan Layar Asia Tenggara di Sihanoukville, Kemboja, diuji positif COVID-19. Demikian menurut pengarah eksekutif persekutuan itu pada Jumaat (17 Dis).
Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, pengarah eksekutif Sukan Layar Singapura Terence Ho berkata tiga daripada pegawai itu tidak bergejala manakala pegawai yang keempat demam ringan.
Empat pegawai itu diuji positif seminggu selepas mereka tiba di Kemboja.
"Sebagaimana peraturan Kemboja, mereka semua diasingkan di kediaman masing-masing dan tidak berinteraksi secara fizikal dengan sesiapapun di acara itu," kata Encik Ho.
Kontinjen Singapura seramai tujuh atlit sukan layar dan jurulatih mereka tidak diuji positif COVID-19, tambah beliau.
"Para pegawai dan atlit itu membuat perjalanan ke acara tersebut secara berasingan dan terus tinggal di kawasan berbeza," kata Encik Ho.
"Para pegawai diasingkan di kediaman mereka manakala atlit kekal berada di kediaman mereka. Ujian ART berkala membolehkan kami untuk memantau keselamatan seluruh kontinjen.
"Interaksi dengan peserta acara yang lain diadakan tertakluk kepada langkah-langkah jarak selamat yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua SSF dan penganjur Kemboja."
Beliau menambah kontinjen Singapura mematuhi semua rejim ujian bagi perjalanan antarabangsa termasuk mengambil ujian tindak balas berantai polimerase. Semua peserta juga sudah divaksin terhadap COVID-19, tambah Encik Ho.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.