37 atlet paralimpik SG akan bertanding di Sukan Para ASEAN di Thailand
Seramai 37 atlet paralimpik Singapura akan bertanding dalam Sukan Para ASEAN di Korat, Thailand minggu depan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 37 atlet paralimpik Singapura akan bertanding dalam Sukan Para ASEAN di Korat, Thailand minggu depan.
Edisi tahun ini dijangka menjadi yang terbesar dalam sejarah temasya sukan tersebut.
Semangat perjuangan begitu terasa di Lapangan Terbang Changi ketika para atlet paralimpik Team Singapore bersiap sedia untuk menaiki penerbangan ke Thailand.
Dengan penyertaan seramai 37 atlet paralimpik dalam 11 acara sukan, ia merupakan penyertaan paling meluas Singapura setakat ini dalam mana-mana temasya sukan para.
"Ini menunjukkan betapa luasnya penyertaan Singapura dan juga membuktikan keluasan serta kedalaman sumbangan dan penglibatan yang mampu kami berikan.
"Oleh itu, ini merupakan satu platform yang amat penting bagi para atlet kami," kata Ketua Paralimpik Kebangsaan Singapura, Gary Chong.
13 atlet paralimpik akan membuat penampilan sulung bagi Singapura di temasya tersebut.
Sementara itu, tiga atlet paralimpik pula kembali bertanding dalam acara sukan yang baharu.
Antaranya bekas pemenang pingat Paralimpik Theresa Goh, yang kembali beraksi dalam temasya besar pertamanya selepas tujuh tahun.
Namun beliau tidak akan beraksi dalam acara renang, di mana beliau merupakan
atlet paling banyak memenangi pingat bagi Singapura di Sukan Para ASEAN.
Beliau sebaliknya akan beraksi dalam acara menembak.
Walaupun setiap atlet berharap dapat membawa pulang pingat, mereka berkata, tumpuan utama adalah untuk melakukan yang terbaik.

Sumber : CNA/NY/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.