Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

30 atlit SG bakal bertanding di Sukan Olimpik Khas Berlin bulan depan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 May 2023 05:41PM Dikemas Kini : 14 May 2023 09:52PM

SINGAPURA: Seramai 30 atlit Singapura akan bertanding di Sukan Olimpik Khas musim panas di Berlin, Jerman bulan depan.

Kontinjen negara itu mendapat sokongan dari dua orang pemimpin negara pada awal Ahad (14 Mei). 

Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong dan Presiden Halimah Yacob menyerahkan bendera negara kepada Kontinjen Olimpik Khas itu pada pagi Ahad. 

Para atlit dari 190 buah negara dijangka bertanding dalam Sukan Olimpik di Berlin.

Kali terakhir Singapura mengambil bahagian adalah pada 2019, dengan para atlit negara membawa pulang empat pingat emas, empat perak dan empat gangsa.

Sumber : CNA/AA/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan