Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

3 atlit S'pura tarik diri dari Sukan SEA: SNOC

Anggaran Waktu Membaca:
3 atlit S'pura tarik diri dari Sukan SEA: SNOC

Gambar: Instagram/Kampton Kam

Diterbitkan : 13 May 2022 10:49PM Dikemas Kini : 14 Feb 2023 06:11PM

HANOI: Tiga atlit menarik diri daripada kontingen Team Singapore di temasya Sukan SEA ke-31, menurut Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) pada Jumaat (13 Mei).

Ini bermakna jumlah anggota kontingen di temasya Sukan SEA itu kini 424.

Atlit yang menarik diri itu ialah atlit jujitsu Teh May Yong, yang diuji positif bagi COVID-19 sebelum berlepas, perenang Darren Chua disebabkan "komitmen perkhidmatan negara" dan atlit lompat tinggi Kampton Kam.

Chua membuat kemunculan pertama di acara Sukan sebelum ini dan merangkul lima pingat emas - dua dalam acara individu dan tiga acara berganti-ganti.

Kam pula baru-baru ini menang acara lompat tinggi di Kejohanan Terbuka Balapan dan Padang Singapura.

Menerusi catatan di akaun Instagram, Kam menyatakan beliau mengalami "rasa sakit pada bahagian dada" pada minggu lalu dan susah bernafas. Imbasan X-ray menunjukkan beliau mengalami masalah paru-paru dan perlu menjalani pembedahan.

"Sejujurnya, saya kecewa dengan perkara ini tetapi saya berterima kasih diberi peluang untuk hidup dan berjuang sehari lagi," tambah beliau.

"Meskipun saya terpaksa menarik diri daripada Sukan SEA, saya mengucapkan yang terbaik untuk Team Singapore di temasya Sukan SEA di Hanoi dan terus memberi semangat kepada mereka dari Singapura."

Ikuti liputan Sukan SEA ke-31 di Vietnam secara langsung di meWatch atau ikuti sorotannya di saluran YouTube Mediacorp Entertainment.

Sumber : CNA/NK/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan