200 penyokong boleh turun stadium tonton SPL 5 Dis
Berita baik bagi peminat bola sepak tempatan - mereka boleh ke stadium untuk menonton perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) pada Sabtu ini (5 Dis).
SINGAPURA: Berita baik bagi peminat bola sepak tempatan - mereka boleh ke stadium untuk menonton perlawanan Liga Perdana Singapura (SPL) pada Sabtu ini (5 Dis).
Buat pertama kalinya sejak pertengahan Mac lalu, 200 peminat bola sepak berpeluang memasuki stadium bagi menyaksikan perlawanan SPL secara langsung.
Perlawanan antara Tampines Rovers dengan Geylang International di Hab Tampines Kita itu bagaimanapun perlu mematuhi jaga jarak selamat.
Hanya 50 penyokong pasukan lawan akan dibenarkan hadir dan berasingan dari penyokong tuan rumah.
Tiket-tiket akan hanya dijual secara online dan para penonton perlu menjalani ujian pantas antigen (ART) setibanya di lokasi.
Ujian itu adalah percuma, dengan setiap ujian akan mengambil masa sekitar 30 minit untuk diproses.
Ujian mengambil masa sekitar 30 minit.
Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menyatakan, kehadiran penonton itu adalah satu ujian sebelum penilaian dilakukan untuk menentukan jika lebih banyak perlawanan boleh dibuka kepada para penonton kelak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.