Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 pemain legenda Man Utd lancar program tanggungjawab sosial korporat di S'pura

Bekas pemain Manchester United Ryan Giggs dan Nicky Butt melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi wadah bola sepak digital ZujuGP pada Khamis (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
2 pemain legenda Man Utd lancar program tanggungjawab sosial korporat di S'pura

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 03 Dec 2021 11:21AM Dikemas Kini : 03 Dec 2021 11:23AM

SINGAPURA: Bekas pemain Manchester United Ryan Giggs dan Nicky Butt melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi wadah bola sepak digital ZujuGP pada Khamis (2 Dis).

Sepanjang acara yang diadakan di restoran Tash Tish Tosh di Taman East Coast, Giggs dan Butt juga berpeluang untuk beramah mesra dengan 19 remaja dan kanak-kanak dari akademi belia The Hut serta ibu bapa mereka.

Kedua-dua pemain legenda United itu turut menjawab pertanyaan para peminat di satu sesi soal jawab yang diadakan sempena acara tersebut.

Acara yang dianjurkan oleh ZujuGp dan The Hut itu turut dihadiri oleh Menteri Tenaga Manusia Tan See Leng.

Dalam temu bual bersama para wartawan, Giggs mendedahkan bahawa peluang untuk bekerjasama dengan badan-badan amal adalah sesuatu yang dibanggakan oleh kedua-dua pemain sejak menyarung jersi Manchester United.

"Ia adalah sesuatu yang sudah kami lakukan sejak permulaan kerjaya kami dan kami gemar melakukannya kerana kami benar-benar mempercayainya. Projek ini sangat hebat dan kami berharap ia akan memanfaatkan ramai kanak-kanak dan dapat membantu mereka," menurut Giggs.

"Kami sendiri mempunyai anak-anak yang masih kecil. Saya rasa ia adalah tempoh yang mencabar, khususnya bagi kanak-kanak sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak dapat berinteraksi dengan betul dan terlepas peluang untuk menikmatinya. Maka itu, adalah penting secara beransur-ansur kita kembali berinteraksi seperti biasa sebaik mungkin dalam persekitaran yang selamat."

ZujuGP adalah sebuah syarikat yang diasaskan oleh ahli niaga dan dermawan Peter Lim bersama dengan anak lelakinya Kiat Lim.

Ia dilancarkan bulan lalu dan bermatlamat untuk menghubungkan para peminat dan penyokong bola sepak dengan mereka yang berkecimpung dalam urusan bola sepak seperti para pemilik kelab, pemain, ejen dan pencungkil bakat.

Wadah digital itu juga merancang untuk menganjurkan satu siri acara CSR pada tahun depan sebagai sebahagian daripada programnya.

Giggs dan Butt diundang ke Singapura untuk menyertai satu siri acara yang dianjurkan oleh ZujuGP termasuk sesi-sesi penstriman yang diadakan pada Rabu. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan