2 hab sukan baharu akan dibina di sekitar Kallang Alive
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
SINGAPURA: Singapura akan mempunyai dua hab sukan baharu di daerah Kallang Alive, sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang negara menambah keghairahan dan budaya kesukanan di kawasan itu.
Sukan tenis akan mendapat rumah baharu di Hab Tenis Kallang, manakala bola sepak pula akan mempunyai Hab Bola Sepak Kallang.
Hab Tenis bakal mempunyai tiga gelanggang tertutup yang lengkap dengan grandstand buat penonton.
Dua daripada gelanggang tersebut boleh diubah suai bagi penganjuran kejohanan-kejohanan besar serta berhawa dingin sepenuhnya.
Selain itu, ia juga akan mempunyai lagi empat gelanggang tertutup dan 12 gelanggang terbuka.
Gelanggang tersebut akan dijadikan pusat latihan bagi para pemain tenis negara, serta bakat-bakat muda lain.
Hab itu juga akan menjadi tapak bagi acara-acara tenis masyarakat.
Orang ramai yang ingin menggunakan kemudahan tenis itu boleh membuat tempahan secara online mulai 15 April.
Dalam pada itu, Hab Bola Sepak Kallang akan menjadi tapak latihan buat skuad-skuad kebangsaan merentasi semua peringkat.
Ia dilengkapi dengan sebuah gim bola sepak, yang dibangunkan dan disusun oleh saintis sukan untuk melatih para pemain bola sepak.
Hab Bola Sepak Kallang itu bertujuan meningkatkan lagi industri bola sepak di Singapura, sedang negara menyasarkan melatih bakat-bakat baharu.

Sumber : CNA/AT/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.