2 gol Nunez selamatkan Liverpool; kalahkan Newcastle United 2-1
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar; AFP/Lindsey Parnaby)
NEWCASTLE: Darwin Nunez menjaringkan dua gol selepas beraksi dari bangku simpanan untuk memberikan Liverpool kemenangan 2-1 ke atas Newcastle United dalam Liga Perdana England (EPL) pada Ahad (27 Ogos). Pasukan itu berjaya bangkit selepas kaptennya, Virgil van Dijk dilayangkan kad merah.
Pemain Uruguay itu dimasukkan pada minit ke-77 sebelum menjaringkan dua gol, yang merupakan gol pertamanya dalam EPL sejak April lalu ketika menentang Leeds United.
Nunez, 24 tahun, yang bukan lagi pemain pilihan utama disebabkan bakat-bakat penyerang lain yang lebih hebat, mencuri perhatian daripada pemain sayap Newcastle Anthony Gordon yang dianggap akan meraih kemenangan pertama ke atas pasukan Jurgen Klopp.
Newcastle gagal mengalahkan Liverpool dalam 13 perlawanan EPL berturut-turut.
Trent Alexander Arnold, yang dilayang kad kuning pada awal perlawanan, bernasib baik untuk kekal dalam perlawanan selepas dia menarik Gordon.
Namun, pemain pertahanan itu memberi peluang kepada Newcastle membuka jaringan pada minit ke-25, apabila dia silap mengawal bola dan membenarkan Gordon mengambil kesempatan untuk menjaringkan gol melepasi Alissin Becker.
Van Dijk diarahkan untuk meninggalkan padangselepas pengadil John Brooks melayangkan kad merah kerana mengasari Alexander Isak di luar kotak penalti. Keputusan itu disokong oleh VAR.
Kemasukan Nunez mencetus perubahan dalam perlawanan dan dia kemudian menjaringkan gol penyamaan selepas satu kesilapan oleh Sven Botsman.
Ia sekali gus memberi ruang kepada Nunez untuk menendang bola melepasi penjaga gawang Newcastle Nick Pope.
Perlawanan kelihatan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri 1-1.
Namun Nunez menjaringkan satu lagi gol - hampir serupa dengan gol pertama - pada minit ketiga dalam masa tambahan.
Para penyokong tuan rumah kelihatan kecewa sedang penyokong Liverpool yang diketuai jurulatih Jurgen Klopp, meraikan kemenangan itu dengan meriah di atas padang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.