Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

2 gol Neymar bantu PSG menang di Old Trafford

Pemain dari Brazil, Neymar, menjaringkan dua gol manakala rakan senegaranya Fred pula dibuang padang ketika Paris St Germain mengalahkan Manchester United yang kekurangan satu pemain 3-1 di Old Trafford pada Rabu (2 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
2 gol Neymar bantu PSG menang di Old Trafford

Manchester United berdepan dengan PSG dalam perlawanan Liga Juara-Juara pada 2 Dis 2020 (Gambar: (Photo: REUTERS/Phil Noble)

Diterbitkan : 03 Dec 2020 08:20AM Dikemas Kini : 03 Dec 2020 08:23AM

MANCHESTER: Pemain dari Brazil, Neymar, menjaringkan dua gol manakala rakan senegaranya Fred pula dibuang padang ketika Paris St Germain mengalahkan Manchester United yang kekurangan satu pemain 3-1 di Old Trafford pada Rabu (2 Dis).

United, PSG dan RB Leipzig masing-masing mempunyai sembilan mata sebelum pusingan perlawanan akhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara minggu hadapan. United bakal berdepan dengan RB Leipzig manakala PSG akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan menentang Istanbul Basaksehir.

United hanya memerlukan satu mata untuk mendapatkan tempat dalam kelompok 16 terakhir, namun Marquinhos meletakkan PSG 2-1 di hadapan pada minit ke-69 dan Fred pula dibuang padang seminit kemudian.

Neymar membantu PSG mendahului perlawanan pada minit keenam setelah rembatan Kylian Mbappe terpesong dan bekas penyerang Barcelona itu menendang bola ke sudut bawah gawang.

United menyamakan kedudukan pada minit ke-32 menerusi tendangan Marcus Rashford yang terkena kaki Danilo lalu membolosi penjaga gawang PSG, Keylor Navas.

United mencipta beberapa peluang baik selepas waktu rehat tetapi gagal untuk memanfaatkannya.

Kemudian tiba detik yang mengubah permainan - satu tendangan sudut yang ditendang masuk ke dalam gawang oleh Marquinhos.

Fred dibuang padang selepas mengasari bekas pemain tengah United, Ander Herrera ketika pasukan tuan rumah semakin berdepan kekalahan.

Paul Pogba disertakan dalam permainan dan hampir menjaringkan gol dari luar petak penalti namun sementara para pemain United mara ke hadapan, mereka meninggalkan ruang di bahagian pertahanan.

Mbappe berjaya membolosi pertahanan United namun serangannya gagal menepati sasaran. Umpanan Rafinha dimanfaatkan Neymar dengan mudah untuk menghasilkan gol ketiga.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan