150 juta permintaan tiket Piala Dunia FIFA 2026
Anggaran Waktu Membaca:
ZURICH: Presiden FIFA Gianni Infantino mempertahankan harga tiket bagi Piala Dunia FIFA 2026 yang akan diadakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico, sambil merujuk kepada permintaan yang sangat tinggi serta hasil pendapatan yang dijana bagi sukan itu di seluruh dunia.
Bulan ini, kumpulan penyokong mengkritik kos tiket yang beberapa kali ganda lebih mahal berbanding tiket perlawanan serupa pada kejohanan 2022 di Qatar.
FIFA kemudian memperkenalkan kategori tiket bernilai AS$60 (S$77.10) bagi menjadikan perlawanan lebih dimampui bagi penyokong pasukan yang layak.
“Kami mempunyai enam hingga tujuh juta tiket untuk dijual ... dalam tempoh 15 hari, kami menerima 150 juta permintaan tiket. Jadi, 10 juta permintaan tiket setiap hari.
"Ini menunjukkan betapa hebatnya Piala Dunia,” kata Encik Infantino pada Isnin (28 Dis) di Sidang Puncak Sukan Dunia di Dubai.
“Dalam hampir 100 tahun sejarah Piala Dunia, FIFA telah menjual 44 juta tiket secara keseluruhan. Jadi, dalam dua minggu... kami boleh mengisi 300 tahun Piala Dunia. Bayangkan itu. Ini benar-benar luar biasa.”
Para penyokong dari Amerika Syarikat membuat jumlah permintaan tiket tertinggi, diikuti oleh Jerman dan Britain, kata presiden FIFA itu.
“Yang penting ialah hasil pendapatan yang dijana ini dikembalikan semula kepada permainan di seluruh dunia,” tambahnya.
“Tanpa FIFA, tidak akan ada bola sepak di 150 negara di dunia. Bola sepak wujud disebabkan hasil yang kami jana melalui Piala Dunia yang kami laburkan semula ke seluruh dunia.”
DUBAI TUAN RUMAH ANUGERAH TERBAIK FIFA TAHUN DEPAN
Dubai akan menjadi tuan rumah Majlis Anugerah Terbaik badan induk dunia itu tahun depan.
Anugerah Terbaik FIFA memberi penghormatan kepada pemain lelaki dan wanita terbaik, serta jurulatih dan pasukan, yang diundi oleh penyokong, wakil media, kapten pasukan dan jurulatih pasukan negara.
“Saya boleh mengumumkan di sini kerjasama baharu yang telah kami meterai bersama untuk menghormati pemain, jurulatih dan pasukan terbaik, di sini di Dubai,” kata Encik Infantino.
“Kami telah menikmati sukan ini, dan kini kami akan lebih menikmati dengan perpaduan yang dibawa oleh sukan ini kepada seluruh dunia.”
Penyerang Perancis Ousmane Dembele dinamakan sebagai pemain lelaki terbaik tahun ini manakala pemain tengah Sepanyol Aitana Bonmati memenangi anugerah wanita pada 2025.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.