Skip to main content

Sukan

13,000 peserta antarabangsa dari 84 negara sertai Maraton Standard Chartered SG tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
13,000 peserta antarabangsa dari 84 negara sertai Maraton Standard Chartered SG tahun ini

(Gambar: Facebook/Standard Chartered Singapore Marathon)

Diterbitkan : 01 Dec 2024 06:39PM Dikemas Kini : 01 Dec 2024 07:44PM
SINGAPURA: Maraton Standard Chartered Singapura tahun ini menyaksikan lebih ramai peserta antarabangsa.

Kira-kira 13,000 orang dari 84 negara menyertai acara tersebut, iaitu jumlah tertinggi sejak pandemik.

Penganjur menyatakan bahawa ia menunjukkan tarikan global acara itu, sebagai acara yang wajib bagi atlet elit serta amatur.

Seramai 11,000 peserta menyertai maraton penuh sejauh 42 kilometer (km), dalam kategori Maraton Standard Chartered Singapura tahun ini.

Satu-satunya acara yang mempunyai perlumbaan Label Emas di rantau ini, menawarkan laluan baharu tahun ini, yang membawa peserta melalui landskap bandar sehingga ke Jambatan Anderson.

Atlet negara Soh Rui Yong, menang gelaran nasional ke-5 Maraton Standard Chartered Singapura, dengan masa dua jam 46 minit dan lima saat.

Secara keseluruhan, lebih 55,000 peserta mengambil bahagian dalam perlumbaan selama tiga hari itu.

Pertandingan lari berganti-ganti juga diadakan semula sebagai sebahagian daripada usaha untuk menggalakkan lebih ramai orang mengambil bahagian.

"Ia adalah acara masyarakat yang penting kerana ia menyatukan orang ramai dari latar belakang berbeza," kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Standard Chartered Patrick Lee.

"Ia menggalakkan gaya hidup sihat, sukan berpasukan, prestasi yang baik, ketahanan. Seperti yang anda tahu, maraton adalah tentang usaha untuk pergi lebih jauh. Ia adalah maraton bagi semangat dan ketabahan. Jadi semangat itu adalah sangat penting untuk kami."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita