11 pingat emas e-sukan ditawar pada Sukan Asia 2026
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Asain Games 2026)
BEIJING: Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Sabtu (22 Feb) mengumumkan senarai 11 acara sukan elektronik (e-sukan) yang akan dipertandingkan pada Sukan Asia ke-20 di Aichi-Nagoya, Jepun pada 2026, lapor Xinhua.
Pengumuman itu dibuat menyusuli mesyuarat tergempar secara online oleh Lembaga Eksekutif OCA yang sebulat suara meluluskan penyertaan acara berikut bagi Sukan Asia 2026. Acara itu ialah Competitive Martial Arts (Berpasukan), Pokemon Unite, Honor of Kings, League of Legends, PUBG Mobile (Versi Sukan Asia), Mobile Legends: Bang Bang, Identity V (Versi Sukan Asia), Naraka: Bladepoint, Gran Turismo 7, Efootball Series dan Puyo Puyo Champions.
Ini menandakan kesinambungan kehadiran e-sukan yang semakin berkembang di Sukan Asia. Kali pertama diperkenalkan sebagai sukan demonstrasi pada Sukan Asia ke-18 di Jakarta-Palembang pada 2018, e-sukan diiktiraf secara rasmi sebagai sukan menawarkan pingat di Sukan Asia Hangzhou 2023 dengan tujuh acara dipertandingkan.
Sukan Asia ke-20 akan berlangsung dari 19 Sep hingga 4 Okt 2026.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.