Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

10 projek dijalankan menerusi Geran Rakyat Aktif

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 May 2022 10:25PM Dikemas Kini : 07 May 2022 10:28PM

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya sepuluh projek sedang dijalankan bagi mengeratkan hubungan para penduduk melalui sukan.

Projek-projek itu adalah sebahagian daripada skim Sport Singapore yang memberi geran bagi tujuan sedemikian.

Peninju negara Muhammad Ridhwan dan pasukan jurulatih beliau sedang bersiap sedia untuk menarik lebih ramai orang datang ke gimnasium 'Legend Fight Sport' miliknya.

Dalam beberapa bulan nanti, beliau akan melancarkan Project Unboxing iaitu kelas tinju bagi belia berisiko, bekas banduan dan wanita kurang bernasib baik.

Ridhwan berharap mereka dapat meraih kemahiran kehidupan melalui sukan yang diminati beliau.

Geran Rakyat Aktif akan membantu beliau mengadakan kelas tinju bagi sekitar 20 peserta.

Seorang lagi atlit negara Kok Kiat Xuan pula mahu mendidik golongan belia tentang kesihatan mental dan sukan.

Beliau mahu mencapainya melalui satu permainan yang sedang dicipta beliau dan pasukannya.

Menurut Sport SG, lebih ramai atlit negara dijangka mengikuti jejak langkah Ridhwan dan Kiat Xuan dalam mengadakan program masing-masing selepas pulang daripada Sukan SEA.

Projek-projek tersebut akan mendapat pembiayaan sehingga tahun depan.

Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan