Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

1 maut, 5 cedera dalam keganasan bola sepak di Maghribi

Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera selepas penyokong dua pasukan seteru sengit bola sepak di kota Maghribi, Casablanca, bergaduh setelah keputusan perlawanan terikat seri. Demikian menurut penguasa setempat pada Rabu (25 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
1 maut, 5 cedera dalam keganasan bola sepak di Maghribi

Penyokong Wydad Casablanca sebelum perlawanan pasukan itu menentang Al-Ahly dari Mesir pada 4 Nov 2017 di Stadium Mohamed V dekat Casablanca. (Gambar fail: FADEL SENNA/AFP)

Diterbitkan : 25 Sep 2019 10:54PM Dikemas Kini : 25 Sep 2019 10:56PM

RABAT: Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera selepas penyokong dua pasukan seteru sengit bola sepak di kota Maghribi, Casablanca, bergaduh setelah keputusan perlawanan terikat seri. Demikian menurut penguasa setempat pada Rabu (25 Sep).

Menurut pihak berkuasa: "Sekumpulan penyokong kelab Wydad Casablanca menghentikan kenderaan yang membawa peminat AS FAR Rabat, melempar batu dan menjadikan keadaanya bertambah buruk".

Mereka berkata seorang mati akibat kecederaannya setelah "terjatuh dari atas kenderaan itu" dan lima lagi mangsa dimasukkan ke hospital.

Polis memberkas enam orang berhubung keganasan itu.

Keganasan bola sepak menjadi perkara lumrah di Maghribi, meragut jiwa ramai penyokong pada Mac 2016. Ekoran itu, pihak berkuasa menguatkuasakan peraturan sementara ke atas kelab-kelab penyokong radikal.  

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan