Skip to main content

Iklan

Iklan

Solat tarawih di Masjidil Haram patuhi langkah jarak selamat; dibahagikan kepada 2 sesi

Di Arab Saudi, kakitangan Masjidil Haram dan para pekerja pembersihannya mengerjakan solat tarawih malam kesembilan Ramadan pada Jumaat (1 Mei) dengan langkah-langkah jarak selamat dikuatkuasakan.

Anggaran Waktu Membaca:
Solat tarawih di Masjidil Haram patuhi langkah jarak selamat; dibahagikan kepada 2 sesi

(Gambar: APTN)

Diterbitkan : 02 May 2020 05:55PM Dikemas Kini : 02 May 2020 05:57PM

MAKKAH: Di Arab Saudi, kakitangan Masjidil Haram dan para pekerja pembersihannya mengerjakan solat tarawih malam kesembilan Ramadan pada Jumaat (1 Mei) dengan langkah-langkah jarak selamat dikuatkuasakan.

Setiap malam, solat tarawih dibahagikan kepada dua sesi - enam rakaat pertama dipimpin seorang imam manakala empat lagi rakaat solat tarawih dan witir dipimpin seorang lagi imam yang lain.

Masjid-masjid di merata Saudi tetap ditutup kecuali Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dengan ibadah umrah juga digantung sejak bulan lalu.

Dua hari lalu, Presiden Ehwal Dua Masjid Suci Saudi Sheikh Abdul Rahman Sudais mengatakan pihaknya tidak akan terburu-buru membuka dua masjid suci Islam itu
sehingga penularan COVID-19 dapat ditangani.

Jumlah kes COVID-19 di Saudi kini mencapai lebih 24,000 kes dengan 169 kematian dicatatkan.
 

Sumber : Agensi berita/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan