Solat Jumaat di Wilayah Perseketuan M'sia diteruskan dengan garis panduan COVID-19
Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan pada Jumaat (13 Mac) diteruskan dengan mematuhi garis panduan pengurusan COVID-19.
(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Solat Jumaat di Wilayah Persekutuan pada Jumaat (13 Mac) diteruskan dengan mematuhi garis panduan pengurusan COVID-19.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata perkara itu telah mendapat keizinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
"Solat Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk hari ini diteruskan dengan mematuhi garis panduan iaitu khutbah dipendekkan dan orang ramai berwuduk di rumah.
"Mereka yang ada simptom COVID-19 tidak perlu hadir solat Jumaat kerana termasuk dalam golongan orang yang sakit," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Zulkifli berkata pihak masjid atau jemaah juga wajib menyediakan cecair pencuci tangan pembasmi kuman serta penutup mulut dan hidung sebagai langkah pencegahan dan keselamatan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.