Solat Jumaat di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah dibatalkan setelah kes COVID-19 dikesan
Solat Jumaat di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah hari ini (1 Okt) akan dibatalkan.

Masjid Jamiyah Ar-Rabitah di Tiong Bahru Road. (Petikan skrin: Google Maps)
SINGAPURA: Solat Jumaat di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah hari ini (1 Okt) akan dibatalkan.
Demikian menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), selepas satu kes positif COVID-19 telah dikesan di masjid tersebut.
Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat (1 Okt), MUIS menyatakan masjid ditutup bagi kerja-keja pembersihan dan pembasmian kuman.
Masjid Jamiyah Ar-Rabitah di Tiong Bahru Road itu akan ditutup hingga Isyak dan dibuka semula esok (2 Okt) untuk solat Subuh.
Menurut MUIS lagi, semua tempahan solat Jumaat akan dibatalkan secara automatik demi memastikan penularan dapat dikawal.
Setakat 10.00 pagi tadi, masih ada lebih 6,000 baki slot solat Jumaat di keempat-empat kelompok masjid.
Jemaah yang terjejas boleh memilih untuk menempah slot yang masih ada di masjid-masjid lain, nasihat MUIS.
Sebagai langkah berjaga-jaga, jemaah yang telah mengunjungi Masjid Jamiyah Ar-Rabitah baru-baru ini turut dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka dan segera mendapat rawatan perubatan jika tidak sihat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.