Zuraidah Abdullah kembali menerajui Yayasan MENDAKI pada 1 Mac 2020
Badan bantu diri, Yayasan MENDAKI akan melalui satu perubahan pucuk kepimpinan, dengan Cik Zuraidah Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 Mac 2020. Beliau akan mengambil alih jawatan CEO bermula 1 April 2020, menggantikan Cik Rahayu Buang.
SINGAPURA: Badan bantu diri, Yayasan MENDAKI akan melalui satu perubahan pucuk kepimpinan, dengan Cik Zuraidah Abdullah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bermula 1 Mac 2020. Beliau akan mengambil alih jawatan CEO bermula 1 April 2020, menggantikan Cik Rahayu Buang.
Menurut kenyataan lembaga pengarah badan tersebut pada Khamis (9 Jan) Cik Rahayu Buang, yang dipinjamkan ke Yayasan MENDAKI daripada Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) sejak 3 Januari 2017, akan kembali berkhidmat dengan kementerian tersebut bermula 1 April.
Pelantikan Cik Zuraidah itu merupakan kali kedua beliau memegang jawatan tersebut, setelah menggalas jawatan itu sebelum ini antara 2007 hingga 2009.
SINGKAP KEMBALI PERANAN CIK RAHAYU BUANG PERKUKUH MENDAKI
Sepanjang tiga tahun memimpin badan bantu diri Melayu/Islam itu, Cik Rahayu membantu mengukuhkan Yayasan MENDAKI sebagai salah satu institusi penting
rangka kerja M³.
Misalnya, salah satu program di bawah M³, Kelas MateMatika (KMM) menerima lonjakan penyertaan sebanyak empat kali ganda dalam masa setahun. MENDAKI juga memperluaskan kehadirannya di kawasan kejiranan dengan tertubuhnya tiga pusat satelit - MENDAKI@Chua Chu Kang pada 2018; dan MENDAKI@Jurong serta Wisma Geylang Serai pada 2019. Satu pusat dinamakan Vibrance@Yishun juga ditubuhkan bersama dengan badan-badan bantu diri lain.
Semasa di bawah kepimpinannya, MENDAKI juga menyemak semula Skim Tuisyen MENDAKI, Anugerah MENDAKI, skim pinjaman pelajaran MENDAKI dan skim Dana Amanah Pendidikan (ETF).
Anugerah baru seperti Anugerah Pembelajaran MENDAKI dan Anugerah Gemilang MENDAKI diperkenalkan bagi mengiktiraf penuntut yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran, tetapi juga memberi kesan positif kepada kehidupan orang lain.
RINTIS PROGRAM BARU
Memperkukuhkan lagi kedudukan MENDAKI sebagai peneraju pemikiran, Cik Rahayu merintiskan Simposium Pendidikan pada 2017 yang diadakan buat pertama kali, selain memeterai kerjasama bersama Institut Kajian Dasar (IPS), A*Star, dan SUSS misalnya untuk mengkaji isu-isu yang menjejas masyarakat Melayu/Islam.
Pada Oktober 2019, MENDAKI juga melancarkan bulan Raikan Ilmu yang menarik pelibatan 70 rakan sokongan dan 30,000 peserta. Ini termasuk pelancaran Galeri Warisan MENDAKI dan buku peringatan yang merakam pendakian masyarakat dalam landskap pendidikan dari kaca mata mantan pemimpin masyarakat.
Turut diberi suntikan nafas baru adalah daya usaha mengumpul dana. Cik Rahayu memimpin MENDAKI dalam mengumpulkan S$6.3 juta bagi ETF sepanjang tiga tahun lalu. Beliau juga memperkenalkan daya usaha Climbathon - pendakian gunung beramai-ramai untuk menggalak orang awam dan badan-badan mengikrarkan dana untuk ETF.
Dalam kenyataan MENDAKI hari ini, Lembaga Pengarah Yayasan MENDAKI turut merakamkan sekalung budi buat Cik Rahayu atas usahanya dalam memperkukuh MENDAKI dan jasanya terhadap masyarakat.
Lembaga itu juga mengucapkan tahniah kepada Cik Zuraidah Abdullah atas tempoh keduanya sebagai CEO badan tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.