Zhulkarnain Abdul Rahim sandang jawatan Menteri Negara sebulan lebih awal pada 1 Jan 2026
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Anggota Parlimen (AP) Zhulkarnain Abdul Rahim akan dilantik sebagai Menteri Negara Ehwal Luar merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga pada 1 Januari 2026.
Pelantikannya telah ditetapkan pada 1 Februari 2026, tetapi ia dipercepatkan sebulan lebih awal selepas beliau melaksanakan tanggungjawab profesionalnya lebih awal daripada yang dijangkakan, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Jumaat (5 Dis).
Encik Zhulkarnain, 45 tahun, ialah rakan kongsi kanan di firma guaman Dentons Rodyk dan telah berkhidmat sebagai Anggota Parlimen GRC Chua Chu Kang sejak Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020).
Pada Julai 2024, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Parlimen Pemerintah bagi Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang.
Beliau menamatkan pengajian dari Universiti Nasional Singapura (NUS) pada 2005 dan diterima masuk sebagai peguam bela dan peguam cara pada 2006. Beliau juga memegang Ijazah Sarjana Undang-Undang dalam Jurusan Undang-Undang dan Kewangan Islam dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.