Skip to main content

Singapura

Zhang Baicheng, bekas penyelidik A*STAR kedua didenda atas penipuan GST

Seorang bekas penyelidik dari Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*STAR) didenda S$2,000 semalam (21 Dis) setelah didapati bersalah atas kesalahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Anggaran Waktu Membaca:
Zhang Baicheng, bekas penyelidik A*STAR kedua didenda atas penipuan GST

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Dec 2017 09:46AM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:48AM

SINGAPURA: Seorang bekas penyelidik dari Agensi Sains, Teknologi dan Kajian (A*STAR) didenda S$2,000 semalam (21 Dis) setelah didapati bersalah atas kesalahan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Rakyat China, Zhang Baicheng, 33 tahun, didapati meminta pertolongan ayahnya untuk menuntut bayaran semula GST bagi beg Prada yang dibelinya.

Bapa Baicheng, seorang rakyat China berusia 62 tahun, Zhang Yaoqun, didenda S$3,500 kerana membantu anaknya membuat tuntutan GST bagi beg tersebut serta cincin berlian Tiffany yang dibeli rakan sekerja Baicheng di A*STAR.

Rakan sekerjanya di A*STAR yang terlibat ialah Bai Jiaming, 31 tahun. Dia sudah didenda pada Oktober lalu sebanyak S$7,000.

Bai membeli cincin berlian Tiffany berharga S$23,600 sementara Baicheng membeli beg tangan Prada yang berharga S$3,790. Kedua-duannya tidak layak untuk membuat tuntutan GST bagi barangan yang dibeli kerana mereka sedang bekerja di Singapura pada waktu itu.

Pada 11 Mac, ketiga-tiga lelaki itu pergi ke Lapangan Terbang Changi dan mendaftar masuk untuk penerbangan mereka ke Bangkok lalu memasuki kawasan transit.

Bapa Baicheng membuat tuntutan GST untuk beg tangan dan cincin berlian berjumlah S$2,039.81.

Barang-barang itu diserahkan kepada Bai, yang ditahan ketika dia cuba untuk keluar daripada kawasan transit. Dia ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas masuk penerbangan.

Kastam Singapura menerima aduan tentang jenayah itu, dan tuntutan GST ditarik balik.

Dalam kenyataan medianya, Penguasa Hasil Mahsul Dalam Negeri Singapura (IRAS) menyatakan bahawa ia memandang serius terhadap sesiapa yang membuat pernyataan palsu untuk mendapatkan tuntutan GST di bawah Skim Bayaran Semula Pelancong dan menyalahgunakan skim tersebut.

Mereka yang didapati bersalah boleh didenda sehingga S$5,000 dan jika tidak dibayar boleh dipenjara tidak melebihi enam bulan. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita