Zaqy seru peniaga tempatan kurangkan bergantung kepada pekerja asing demi penakatan
Menteri Negara bagi Tenaga Manusia (MOM), Encik Zaqy Mohamad menyeru perniagaan-perniagaan supaya mencipta semula pekerjaan dan melabur dalam latihan sedang pemerintah mengurangkan Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) bagi pekerja asing dalam perusahaan perkhidmatan.
SINGAPURA: Menteri Negara bagi Tenaga Manusia (MOM), Encik Zaqy Mohamad menyeru perniagaan-perniagaan supaya mencipta semula pekerjaan dan melabur dalam latihan sedang pemerintah mengurangkan Had Maksimum Nisbah Tanggungan (DRC) bagi pekerja asing dalam perusahaan perkhidmatan.
Berucap di parlimen siang tadi (27 Feb), Encik Zaqy menarik perhatian mengapa pemerintah memilih untuk mengurangkan nisbah tersebut dan bukan menaikkan levi pekerja asing.
Menurut Encik Zaqy, pemerintah tidak mahu keadaan di mana syarikat-syarikat terus menggunakan model operasi sedia ada dan membayar kos levi lebih tinggi.
Tetapi dengan nisbah DRC lebih rendah, syarikat-syarikat akan mengambil lebih ramai pekerja tempatan atau merombak perniagaan supaya mengurangkan jumlah pekerja.
Encik Zaqy mengakui, proses penyusunan semula bukan mudah. Maka itu, nisbah DRC akan dipotong secara berperingkat-peringkat dalam tempoh dua tahun supaya pihak syarikat diberikan lebih banyak masa untuk membuat penyesuaian.
Beliau menambah bahawa pemerintah sedang meningkatkan sokongan dengan memberikan subsidi untuk kos-kos projek dan kos latihan bagi membantu syarikat-syarikat berkembang di bawah nisbah DRC yang baru.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.