Zaqy seru masyarakat tunjuk sikap ihsan dan rahmah, bantu mangsa bencana di Nepal
Anggaran Waktu Membaca:
Zaqy Mohamad calls on the community to show compassion and mercy, and help disaster victims in Nepal
- Zaqy Mohamad called on Singapore's Malay/Muslim community to contribute aid for flood victims in Nepal, while stressing compassion and mercy across race and religion.
- He backed the RLAF collection after Friday prayers at Masjid Al-Istighfar on Sep 11, with donations at mosques until Sep 14, 2026.
- RLAF is targeting S$200,000 to be channelled to the Singapore Red Cross for drinking water, emergency supplies, tarpaulins, blankets, sleeping mats and body bags.
- The Singapore Red Cross had earlier raised over S$3 million and pledged S$170,000, while Humanity Matters sent a team to Nuwakot to install a water treatment system.
- Zaqy Mohamad menyeru masyarakat Melayu/Islam Singapura menyumbang kepada bantuan mangsa banjir Nepal, sambil menekankan ihsan dan rahmah merentas bangsa serta agama.
- Beliau menyokong kutipan RLAF selepas solat Jumaat di Masjid Al-Istighfar pada 11 September, dengan derma di masjid-masjid hingga 14 September 2026.
- RLAF menyasarkan S$200,000 untuk disalurkan kepada Palang Merah Singapura bagi air minuman, bekalan kecemasan, kain terpal, selimut, tikar tidur dan beg mayat.
- SRC sebelum ini mengumpul lebih S$3 juta dan mengikrarkan S$170,000, manakala Humanity Matters menghantar pasukan ke Nuwakot untuk memasang sistem rawatan air.
SINGAPURA: Masyarakat Melayu/Islam diajak untuk sama-sama menunjukkan sikap ihsan dan rahmah dalam membantu mangsa banjir dahsyat di Nepal.
Pemangku Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Zaqy Mohamad berharap masyarakat dapat turut memainkan peranan dengan menyumbang kepada usaha bantuan bencana di sana.
Encik Zaqy bercakap kepada para wartawan selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Istighfar pada Jumaat (11 Sep) dan meluangkan masa bersama-sama para jemaah untuk menyokong kutipan derma yang dijalankan Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) di masjid-masjid serata negara hingga 14 September 2026.
“Kami rasa ini satu cara di mana masyarakat Melayu Islam di Singapura dapat menunjukkan keihsanan dan dan dan memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan dan di sini walaupun ia di Nepal, saya berharaplah bahawa kita dapat menunjukkan bagaimana rakyat kita, Singapura, dapat memain peranan yang baik dan menunjukkan bahawa kita boleh memberi sokongan yang diperlukan oleh mereka yang hari ini amat terjejas dan mempunyai ramai yang di antara mereka telah kehilangan nyawa juga,” kata Encik Zaqy.
Usaha ini juga katanya mencerminkan semangat rahmah yang tidak mengenal batasan agama mahupun bangsa.
“Dari semangat ihsan dan juga rahmah, kita ingin menunjukkan semangat itu kepada mereka yang sedang dalam kesusahan, tidak kira bangsa dan agama. Inilah menunjukkan semangat 'rahmatan lil alamin' kita daripada Singapura dan oleh itu, memang penting walaupun Nepal itu jauh daripada Singapura, kita menunjukkan keihsanan kita dan tidak mengenal sempadan,” tambah Encik Zaqy.
USAHA BANTUAN KEMANUSIAAN SG
Setakat ini, lebih 1,400 orang terkorban, dengan lebih 5,600 lagi yang masih dilaporkan hilang.
Menurut Pegawai Eksekutif RLAF, Adnan Abdul Hamid, yayasan itu menyasarkan untuk mengumpul S$200,000.
Dana yang dikumpulkan akan disalurkan kepada Palang Merah Singapura (SRC) untuk diagihkan bagi usaha bantuan kemanusiaan di lapangan.
Ini termasuk membekalkan air minuman dan bekalan kecemasan asas seperti kain terpal, selimut, tikat tidur, kit bantuan cemas dan beg mayat.
Sebelum ini, SRC berjaya mengumpul lebih S$3 juta untuk mangsa banjir Nepal.
SRC juga mengikrarkan bantuan tambahan sebanyak S$170,000.
Dalam kenyataannya pada Khamis (3 Sep), SRC menyatakan bantuan tambahan itu akan menyokong usaha Palang Merah dan Bulan Sabit Merah serta rakan-rakan kongsinya di lapangan.

Selain itu, pertubuhan kemanusiaan Humanity Matters turut menghantar pasukan empat anggota ke Nepal bagi membantu usaha bantuan kemanusiaan.
Pertubuhan tersebut memasang unit sistem rawatan air di daerah Nuwakot untuk menyediakan bekalan air yang selamat bagi para mangsa dan petugas barisan hadapan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.