Skip to main content

Singapura

Zaqy Mohamad dilantik pengerusi Yayasan MENDAKI

Anggaran Waktu Membaca:
Zaqy Mohamad dilantik pengerusi Yayasan MENDAKI

Zaqy Mohamad kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Yayasan MENDAKI. (Gambar: Yayasan MENDAKI)

Diterbitkan : 24 May 2025 07:24AM Dikemas Kini : 24 May 2025 08:01AM
SINGAPURA: Encik Zaqy Mohamad dilantik sebagai pengerusi Yayasan MENDAKI berkuat kuasa Jumaat (23 Mei), menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu (24 Mei).

Beliau sekali gus mengambil alih pucuk kepimpinan dari Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang melepaskan jawatan sebagai pengerusi dan anggota Lembaga Pengarah Yayasan MENDAKI sehari sebelum itu iaitu pada 22 Mei.

Encik Zaqy sebelum ini sudah menggalas jawatan sebagai timbalan pengerusi Yayasan MENDAKI selama tujuh tahun, sejak 2018.

"Yayasan MENDAKI merakam setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Masagos Zulkifli atas kepimpinan dan sumbangannya dalam memajukan masyarakat sebagai pengerusi MENDAKI sejak 1 Mei 2018.

"Seperti pendahulu beliau, Encik Masagos Zulkifli akan kekal sebagai Anggota Individu di bawah Perlembagaan Yayasan MENDAKI," menurut kenyataan tersebut.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita