Skip to main content

Singapura

Zainal Sapari gesa pemerintah timbang insurans untuk pemilik PMD

Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Zainal Sapari menggesa Pemerintah supaya menimbangkan agar para penunggang alat mobiliti peribadi (PMD) juga memiliki insurans yang dapat dikaitkan kepada PMD mereka.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Sep 2018 08:42PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 09:58PM

SINGAPURA: Anggota Parlimen GRC Pasir Ris-Punggol Zainal Sapari menggesa Pemerintah supaya menimbangkan agar para penunggang alat mobiliti peribadi (PMD) juga memiliki insurans yang dapat dikaitkan kepada PMD mereka.

Encik Zainal turut menyokong peraturan lebih ketat terhadap penggunaan PMD seperti e-skuter sebagai akan membawa manfaat kepada para penunggang dan pejalan kaki.

Berucap di Parlimen, Encik Zainal berkongsi betapa jumlah kemalangan PMD semakin meningkat sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Beliau sendiri melihat bagaimana kemalangan PMD mengakibatkan kecederaan serius.

Lantaran itu, Encik Zainal mengalu-alukan langkah memperketatkan peraturan terhadap penggunaan PMD.

Beliau berkata walaupun peraturan bagi had kelajuan PMD sudah disemak semula, lebih banyak lagi boleh diusahakan, termasuk mewajibkan para pemilik PMD mempunyai insurans kemalangan peribadi.

Encik Zainal berkata: "Ini adalah penting untuk memastikan mereka yang terlibat dalam kemalangan PMD, terutama sekali pejalan-pejalan kaki boleh membuat tuntutan pampasan sewajarnya untuk kecederaan yang dialami.

"Pembelian insurans kemalangan peribadi untuk penggunaan PMD telah diperkenalkan di beberapa bandar di Jepun dan kita boleh mempelajari daripada pengalaman mereka dalam isu ini untuk mewujudkan suasana yang lebih selamat bagi pengguna alat mobiliti peribadi dan pejalan-pejalan kaki."

Selanjutnya, Encik Zainal menyarankan agar teknologi dapat digunakan untuk memaklumkan para penunggang tentang insurans PMD mereka. 

Sumber : CNA/RU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita