Yuran sekolah naik bagi pelajar PR dan antarabangsa, tiada perubahan bagi pelajar warga SG: MOE
Anggaran Waktu Membaca:

Bangunan Kementerian Pendidikan (MOE) (Gambar: Alvin Chong)
SINGAPURA: Yuran sekolah bagi penduduk tetap Singapura dan pelajar antarabangsa di sekolah-sekolah pemerintah dan bantuan pemerintah ada dinaikkan tahun hadapan.
Peningkatan yuran ini akan berlangsung sepanjang tiga tahun daripada 2024 hingga 2026, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (18 Okt).
"Ini sebahagian daripada semakan yuran sekolah yang biasa dilakukan MOE," menurut kementerian itu.
Jangkaan peningkatan yuran yang dikeluarkan bagi mereka yang bukan penduduk akan membolehkan ibu bapa merancangkan kewangan bagi pengajian anak-anak mereka di sekolah-sekolah MOE, tambahnya.
Yuran sekolah bulanan akan meningkat S$25 kepada S$60 bagi pelajar penduduk tetap dan naik S$25 kepada S$140 bagi pelajar antarabangsa setiap tahun daripada 2024 hingga 2026.
Semakan yuran itu akan dimulakan pada bulan Januari setiap tahun.
"Yuran sekolah bagi pelajar warga Singapura di sekolah-sekolah pemerintah atau bantuan pemerintah akan kekal sama," menurut MOE.
Kementerian itu mengumumkan pada Julai bahawa yuran rampaian standard dan peringkat kedua akan digabungkan menjadi satu mulai 2024.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.