Yuran S&CC pusat penjaja, pasar akan dinaikkan mulai Jan 2024

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) bagi 27 pasar dan pusat penjaja (MHC) milik Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) akan dinaikkan mulai tahun depan menyusuli satu semakan yang dijalankan.
Kenaikan tersebut akan dilaksanakan melalui dua fasa, mulai Januari 2024 dan dari Julai 2024, menurut kenyataan media Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) pada Sabtu (3 Jun).
Semakan itu merangkumi empat jenis perniagaan di pasar dan pusat penjaja milik MSE, termasuk makanan yang dimasak, barangan runcit dan hasil tani.
Buat masa ini, gerai-gerai makanan yang sudah dimasak di MHC kini membayar S&CC sebanyak S$140 setiap bulan.
Mulai Januari tahun depan, S&CC akan dinaikkan kepada S$155 dan kemudian kepada S$175 pada Julai tahun depan.
Buat masa ini, gerai-gerai kecil dan runcit di MHC membayar S$79 sebulan bagi S&CC.
Mulai Januari depan, S&CC akan dinaikkan kepada S$87 dan kemudian kepada S$99 pada Julai tahun depan.
Buat masa ini, gerai-gerai yang menjual buah-buahan, barang yang diawet dan dikeringkan, ikan, makanan laut dan daging di MHC membayar yuran S&CC sebanyak S$67 setiap bulan. Mulai Januari depan, yuran itu akan dinaikkan kepada S$73 dan kemudian S$82 pada Julai tahun depan.
Gerai-gerai yang menjual sayur-sayuran, mi, telur dan rempah-ratus di MHC kini membayar yuran S&CC sebanyak S$42 sebulan. Mulai Januari tahun depan, yuran itu akan dinaikkan kepada S$46 dan kemudian S$52 pada Julai tahun depan.
Kenaikan yuran S&CC akan "lebih mencerminkan peningkatan kos", menurut NEA.
"Walaupun kos pembersihan dan penyenggaraan MHC telah meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kadar S&CC semasa kekal tidak berubah sejak 2005," menurut NEA.
MSE dan NEA menambah bahawa mereka akan terus menjalankan semakan berkala pada S&CC untuk MHC milik MSE bagi memastikan ia "mengikuti" perubahan pada kos operasi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.