Skip to main content

Singapura

Yuran peperiksaan SCAQ dikurangkan bermula Jun 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Yuran peperiksaan SCAQ dikurangkan bermula Jun 2024

(Gambar: iStock)

Diterbitkan : 12 Jan 2024 08:26PM

SINGAPURA: Yuran peperiksaan bagi program Kelayakan Akauntan Bertauliah Singapura (SCAQ) akan dikurangkan lewat tahun ini untuk memudahkan akses dan menarik lebih ramai individu kepada pekerjaan itu.

"Sebagai sebahagian daripada beberapa inisiatif untuk meningkatkan akses kepada yuran SCAQ, yuran peperiksaan akan dikurangkan bermula Jun 2024," umum Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) dan Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) dalam satu kenyataan media pada Jumaat (12 Jan).

Program SCAQ adalah program kelayakan akauntan bertauliah negara.

"Sepanjang beberapa tahun, sedang program ini menerima pengiktirafan yang lebih luas, pendaftaran juga meningkat," dedah agensi tersebut, sambil menambah bahawa ia membenarkan yuran SCAQ dikurangkan.

Satu kategori baharu juga diperkenalkan bagi yuran modul peperiksaan untuk "menggalak penuntut memulakan perjalanan SCAQ mereka," sambil meneruskan pengajian tinggi mereka, tambah agensi itu.


Yuran yang dikurangkan adalah seperti berikut:

a

"Kita akan terus bekerjasama dengan ISCA untuk menilai SCAQ dan memastikan ia kekal relevan dan menarik," kata Ketua Eksekutif ACRA Ong Khiaw Hong.

Pada November 2022, Anggota Parlimen (AP) Don Wee menarik perhatian di parlimen bahawa kekurangan tenaga kerja dalam sektor perakaunan merupakan isu penting yang harus ditangani untuk memenuhi permintaan yang diramalkan, supaya dapat membantu pertumbuhan perniagaan Singapura dan ekonomi.

Presiden ISCA Teo Ser Luck berkata bahawa beberapa inisiatif sudah dilaksanakan untuk menawarkan laluan kondusif bagi mereka yang minat dengan kerjaya perakaunan.

Ini termasuk biasiswa bagi penuntut perakunan cemerlang, bantuan kewangan bagi mereka yang memerlukan, dan kerjasama dengan universiti temaptan untuk menawarkan tuisyen yang ditaja bagi para penuntut.

Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita