Yuran pendaftaran kenderaan akan naik 59%; sebilangan pengedar kereta jangka penjualan tidak terjejas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Yuran pendaftaran kenderaan dijangka meningkat 59 peratus mulai 19 Disember, namun beberapa peniaga kereta menyatakan bahawa kenaikan itu tidak akan memberi kesan besar kepada jualan.
Yuran yang dikenakan buat setiap kenderaan baru yang didaftarkan untuk kegunaan di Singapura akan meningkat kepada S$350.
Ini menurut pekeliling yang dikeluarkan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (5 Dis) kepada pengedar dan pengimport kenderaan bermotor, serta ejen perkhidmatan elektronik.
Berharga S$220 pada masa ini, pelarasan itu adalah semakan yang paling mendadak antara 25 perkhidmatan yang disenaraikan dalam notis LTA yang akan menyaksikan kenaikan yuran.
Perkhidmatan-perkhidmatan itu termasuk pendaftaran kenderaan dan yuran pemprosesan yang disertakan, kelulusan jenis kenderaan, kelulusan aksesori kenderaan dan pemindahan Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE).
Kebanyakan yuran lain akan meningkat antara 10 dan 25 peratus.
"TIDAK AKAN JEJAS TERUK"
Semakan uuran itu dibuat di tengah-tengah peningkatan premium COE. dengan kereta Kategori A mencapai paras tertinggi dalam masa hampir 10 tahun, iaitu sebanyak S$90,589 dalam bidaan terakhir pada November.
Premium Kategori A kini merosot kepada S$88,503 dalam bidaan terkini pada 7 Disember.

Yuran pendaftaran yang diselaraskan adalah kira-kira 0.2 peratus kos purata kereta Kategori A, kata jurucakap LTA.
LTA menyatakan kenaikan yuran merentas 25 perkhidmatan itu adalah kerana "LTA melaksanakan pelbagai perkhidmatan berkaitan kenderaan dan yuran dikenakan untuk pemulihan kos".
"Kebanyakan yuran tersebut tidak berubah sejak 2017, atau lebih awal lagi, manakala keperluan operasi seperti meningkatkan langkah keselamatan data telah meningkat," tambah LTA.
"Yuran diselaraskan berdasarkan kos pentadbiran untuk menyediakan perkhidmatan kepada pemilik/pengguna kenderaan."
Pengarah Urusan ACM Automobiles, Arthur Wong, menolak cadangan untuk menyalurkan kos tambahan kepada pelanggannya.
"Jumlahnya tidak banyak, hanya lebih S$100. Ia tidak akan menjejaskan saya," kata beliau.
Seorang pemandu memberitahu Mediacorp berkata bahawa kenaikan yuran pendaftaran kenderaan itu "tidak ketara".
"Jumlah itu tidak ketara berbanding perkara lain apabila jurujual menunjukkan harga kepada anda," kata lelaki yang mempunyai pengalaman memandu selama hampir 40 tahun.
Tambahnya, beliau belum membuat keputusan sama ada untuk membeli kereta baru apabila COE kenderannya tamat tempoh.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.