Yu sirip hitam ditemui mati kemungkinan terperangkap dalam jaring, kata NParks
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Marine Stewards)
SINGAPURA: Lapan yu sirip hitam yang ditemui mati di perairan Pulau Hantu pada pagi Ahad (28 Ogos), kemungkinannya terperangkap dalam jaring insang.
Demikian menurut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Rabu malam(31 Ogos).
Dapatan itu adalah berdasarkan gambar-gambar online, kecederaan dilihat pada ikan yu berkenaan dan lokasi penemuaan
bangkai tersebut yang dikongsi sekumpulan penyelam, kata pengarah Pusat Biodiversiti Nasional NPark, Dr Karenne Tun, menjawab pertanyaan Mediacorp.
Tambah Dr Tun, dapatan tersebut sejajar dengan yang dibuat oleh kumpulan pemuliharaan Marine Stewards.
Tiada spesimen diambil daripada bangkai-bangkai tersebut semasa selaman itu, tambah Dr Tun.
Lebih 100 spesis ikan boleh ditemui di perairan Singapura termasuk yu sirip hitam.
"Untuk melindungi biodiversiti hidupan marin asli kawasan ini, NParks menggalakkan orang ramai supaya memancing dengan bertanggungjawab di tempat yang ditetapkan, menggunakan kaedah memancing yang lebih mampan,” kata Dr Tun.
Terdapat pelbagai kaedah dan peralatan memancing, kata beliau, termasuk mata kail, joran dan tali pancing hingga ke bubu dan pukat dengan setiap satu daripadya mempunyai kesan berbeza terhadap sekitaran.
"Pukat dan jala lebih cenderung digunakan dan apabila hilang di laut, ia akan terus memerangkap dan membunuh ikan serta hidupan laut yang lain.
"Atas sebab itu, memancing menggunakan jala dan perangkap jaring besi tidak dibenarkan di kawasan-kawasan yang dikendalikan NParks," ujar Dr Tun.
Kawasan seperti Taman Marin Pulau Subar Laut atau Sisters' Islands, Paya Simpanan Sungei Buloh dan Chek Jawa serta perairan di sekitar Taman Coney Island (Pulau Serangoon) dan Taman Admiralty telah ditetapkan sebagai tempat "tidak dibenarkan memancing" dan dikendalikan sebagai tempat perlindungan ikan.

Dr Tun berkata NParks juga bekerjasama rapat dengan masyarakat pemancing untuk menggalak memancing secara bertanggungjawab dan "amalan-amalan terbaik bagi kegiatan memancing secara riadah".
Ini termasuk membahagikan risalah mengenai amalan memancing secara berdaya mampan di kedai, marina dan juga kumpulan pemancing, kata Dr Tun.
Bukan itu sahaja, papan tanda juga sudah dipasang di kawasan memancing riadah yang popular seperti Jeti Bedok untuk mendidik dan menggalak amalan terbaik, menurut Dr Tun.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.