Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

#YokJalanAmal M³@Jurong galak gaya hidup sihat, lakukan amal bantu masyarakat memerlukan

Sebuah acara berjalan amal secara maya dilancarkan M³@Jurong pada Sabtu (23 Okt), dengan kerjasama Pertubuhan Akar Umbi di GRC Jurong, SMC Bukit Batok dan Yuhua, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Boon Lay, PA MESRA dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sebuah acara berjalan amal secara maya dilancarkan M³@Jurong pada Sabtu (23 Okt), dengan kerjasama Pertubuhan Akar Umbi di GRC Jurong, SMC Bukit Batok dan Yuhua, Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Boon Lay, PA MESRA dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB).

Acara #YokJalanAmal merupakan acara berjalan secara maya yang diadakan selama tiga minggu mulai 23 Oktober hingga 12 November ini.

Sepanjang tempoh tiga minggu ini, para peserta perlu berjalan sekurang-kurangnya 210,000 langkah dalam kumpulan masing-masing seramai tiga hingga lima anggota.

(Gambar: M³@Jurong)

150 kumpulan pertama yang berjaya mengumpul jumlah langkah yang diperlukan itu akan menerima pek barangan dapur yang akan diagihkan kepada keluarga memerlukan di Jurong pada penghujung cabaran itu.

Pek-pek barangan dapur tersebut mengandungi produk makanan sihat serta resipi dan panduan pemakanan sihat bagi menggalakkan keluarga-keluarga mengamalkan tabiat pemakanan lebih sihat.

Acara #YokJalanAmal berharap dapat mendampingi 500 penduduk Melayu/Islam di Jurong dan 150 penerima zakat melalui lima masjid iaitu Masjid Maarof, Al-Mukminin, Darussalam, Assyakirin dan Ar-Raudhah.

Acara #YokJalanAmal itu juga menandakan pelancaran Fiesta Kesihatan 2021, kempen kesihatan selama dua bulan yang diterajui PA MESRA untuk menggalak gaya hidup sihat dalam masyarakat Melayu/Islam.

Sebanyak 16 program kesihatan dianjurkan dengan kerjasama rakan kerja termasuk HPB, Kesihatan Aktif dan Persatuan Barah Singapura.

Program diadakan secara online dan fisikal diharap dapat menarik sekitar 10,000 penduduk sehingga Disember ini.

Pelbagai kegiatan dan program disediakan, antaranya pemeriksaan dan ceramah kesihatan seperti ‘Anda & Kesejahteraan Mental serta Kesedaran Barah Payudara’. 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan