Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Yeo Jia Min positif COVID-19 selepas tarik diri dari Kejohanan Badminton Terbuka India

Anggaran Waktu Membaca:
Yeo Jia Min positif COVID-19 selepas tarik diri dari Kejohanan Badminton Terbuka India

Gambar fail Yeo Jia Min semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 (Gambar: Facebook/Team Singapore)

Diterbitkan : 17 Jan 2022 05:20PM Dikemas Kini : 17 Jan 2022 05:21PM

SINGAPURA: Pemain badminton negara, Yeo Jia Min diuji positif COVID-19 selepas menarik diri daripada Kejohanan Badminton Terbuka India pada minggu lealu.

Pemain wanita berusia 22 tahun itu menarik diri daripada kejohanan tersebut pada Khamis (13 Jan) selepas mengalami 'demam panas' dengan suhu sehingga 38.6 darjah Selsius.

Dalam catatan Instagramnya pada Isnin (17 Jan), Yeo turut mendedahkan bahawa beliau sudah pulang ke Singapura dan disahkan positif.

"Saya kini sedang mengasingkan diri dan mematuhi semua prosedur," dedah beliau dalam catatan tersebut. "Saya akan berusaha sedaya upaya untuk pulih segera dan akan kembali beraksi di gelanggang tidak lama lagi."

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para penyokong yang memberikan kata-kata perangsang kepadanya.

"Maaf kerana keadaan agak sibuk ketika ini," tambah Yeo yang menduduki tangga ke-17 di dunia.

Sebilangan pemain dunia turut menarik diri daripada kejohanan tersebut menyusuli peningkatan pada jumlah kes COVID-19.
 

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan